Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. leave-taking, mengucapkan selamat tinggal: their ~s were protracted, mereka mengambil masa yg lama utk mengucapkan selamat tinggal; 2. (attrib) perpisahan: ~ speech, ucapan perpisahan; ~ party, jamuan perpisahan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : interj selamat tinggal; /bid, say/ ~ to, mengucapkan selamat tinggal kpd; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata farewell


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOORE, GERALD

Moore, Gerald (1899–1987) ialah pemain piano

British yang mencapai kemasyhuran melalui

kemahirannya sebagai pemuzik iringan. Muzik

iringannya kepada penyanyi dan pemain violin

dikagumi di seluruh dunia. Moore lahir di

Watford, Hertfordshire, England. Dia menulis

mengenai seni pemuzik iringan dalam The

Unashamed Accompanist (1943) dan Singer and

Accompanist (1953). Autobiografinya diterbitkan

dalam dua jilid: Am I Too Loud? (1962) dan

Farewell Recital (1978). Dia juga menulis

Furthermore: Interlude in an Accompanist’s Life

(1983).

UMUM 
MOORE, GEORGE AUGUSTUS

Moore, George Augustus (1852–1933) ialah

pengarang Ireland. Novel-novelnya menunjukkan

pengaruh realisme Honore de Balzac dan

naturalisme Emile Zola. Novelnya, Confessions of

a Young Man (1888), merupakan pemaparan yang

bijak mengenai eksperimen di Paris. Novel Esther

Waters (1894) menceritakan penderitaan dan

nasib malang seorang gadis pembantu rumah.

Novel Heloise and Abelard (1921) ialah sebuah

karya fiksyen kisah percintaan yang terkenal pada

Zaman Pertengahan dan merupakan karya agung

fiksyen ciptaannya. Ia merupakan salah satu

penyusunan semula yang amat imaginatif

mengenai kehidupan pada Zaman Pertengahan.

Moore lahir di Kaunti Mayo. Dia berusaha

untuk mewujudkan drama asli Ireland dan

membantu membentuk Irish Literary Revival. Dia

menjelaskan usaha-usahanya dalam memoir Hail

and Farewell (1911–1914). Avowals (1919) dan

Conversations in Ebury Street (1924) merupakan

karya autobiolografinya dalam bentuk dialog.

UMUM 

Kembali ke atas