Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[far.ma.seu.ti.kal] | فرماسيوتيکل

Definisi : (farmaséutikal) berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi: industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[far.ma.seu.ti.kal] | فرماسيوتيکل

Definisi : /farmaséutikal/ berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi: industri ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata farmaseutikal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pharmaceutical codexkodeks farmaseutikalPerubatanTiadaSebuah buku yang mengandungi senarai lengkap dan penerangan hasil farmaseutikal seperti ubat, bahan kimia tertentu, vitamin dan herba. Kodeks farmaseutikal dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam bidang farmasi untuk menjadi rujukan kepada pengguna hasil farmaseutikal.
bioequivalencebiokesetaraanFarmasiFarmakologiPenilaian kesetaraan biologikal in vivo terhadap dua produk farmaseutikal yang mengandungi drug yang sama dan dalam bentuk dos yang sama. Dua produk farmaseutikal tersebut dianggap biosetara sek:iranya kesan yang dihasilkan adalah serupa dari aspek keberkesanan dan keselamatannya apabila diberi pada dos molar,bentuk dos danlaluan pemberian yang sama dalam suatu reka bentuk kajian yang terkawal.
pharmaceutical counselingkaunseling farmaseutikalSains KesihatanTiadaKaunseling yang diberikan oleh ahli farmasi dalam perawatan pesakit.
National Regulatory Authority (NRA)Pihak Berkuasa Kebangsaan (NRA)HerbaPeraturan dan PemasaranAgensi di peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk melalui pendaftaran dan pelesenan produk yang merangkumi farmaseutikal, ubat veterinar, ubat tradisional, penokok kesihatan dan bahan mentah farmaseutikal. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kebangsaan ialah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara sebagai sekretariat.
infrared dryingpengeringan inframerahFarmasiFarmaseutikProses mengeringkan produk farmaseutikal (contohnya granul) dengan menggunakan sinaran inframerah. Proses ini mengeringkan permukaan dengan lebih cepat tetapi tidak berupaya mengeringkan lapisan dalam kerana sinaran tidak dapat menembusi lapisan tersebut.
generic drugubat generikPerubatanTiadaUbat yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal yang bukan pengeluar asal ubat tersebut setelah hak patennya tamat. Ubat generik ini mempunyai komposisi kimia yang sama dengan ubat asli tetapi biasanya mempunyai bentuk fizikal yang berbeza. Ia juga akan diberi nama dagang yang berlainan daripada nama dagang asal. Ubat generik adalah lebih murah berbanding ubat asal tetapi mempunyai kesan yang sama.
neutraceuticalneutraseutikalMakanan dan PemakananPemakananSebarang nutrien yang berfungsi sebagai farmaseutikal yang memberikan kesan kepada pencegahan dan rawatan penyakit apabila diambil dalam kuantiti tertentu.
homeopathic productproduk hemeopatiHerbaPeraturan dan PemasaranSebarang bentuk dos farmaseutikal yang digunakan dalam sistem terapi homeopati, iaitu penyakit yang dirawat menggunakan bahan dalam kuantiti yang amat kecil yang mampu menghasilkan simptom pada orang yang sihat sama seperti penyakit yang dirawat. Produk ini termasuk sediaan yang dikunyah, dihisap, ditelan secara keseluruhan dan digunakan secara topikal.
tablettabletFarmasiFarmaseutikBentuk dos pepejal yang mengandungi drug atau bahan aktif farmaseutikal dan eksipien. Tablet biasanya dibentuk daripada serbuk atau granul yang dimampatkan dan mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna bergantung kepada pengelasan dan kaedah pengilangan.
package insertsisip bungkusanHerbaPeraturan dan PemasaranRisalah yang disertakan di dalam bungkusan bersama-sama produk farmaseutikal dan herba untuk golongan profesional kesihatan. Sisip bungkusan mengandungi maklumat seperti jenama atau nama produk, nama dan kekuatan bahan aktif, penerangan produk, farmakodinamik atau farmakokinetik, indikasi, dos yang disyorkan, cara penggunaan ubat, dan maklumat lain yang berkaitan.
12345

Kembali ke atas