Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sa] | فاسا

Definisi : peringkat atau tahap dlm rangkaian sesuatu perkembangan (gerakan, kegiatan, kemajuan, dll): projek tersebut dilaksanakan dlm dua ~, dan ~ pertama dimulakan pd tahun 1984. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.sa] | فاسا

Definisi : peringkat perkembangan (bkn pembinaan, pertumbuhan, kemajuan dsb): Rumah-rumah dlm ~ pertama telah habis dijual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana satu abad dibahagikan kepada fasa awal abad, fasa pertengahan abad, dan fasa akhir abad?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP 2021), halaman 1, maksud abad ialah jangka masa seratus tahun yang berturutan. Untuk pembahagian fasa abad, perlu ditentukan tempoh masa yang dipenggalkan atau maklumat yang tepat.
Lain-lain09.02.2024
Macammana penggunaan dari dan daripada? contoh kalau ayatnya : kajian saya terdiri dari dua fasa? atau terdiri daripada dua fasa?
Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa. Kata sendi nama "daripada" pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak), sumber atau asal kejadian sesuatu benda, menyatakan sebahagian daripada semua, menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan.  Contoh ayat yang betul ialah "Kajian saya terdiri daripada dua fasa"
Tatabahasa27.08.2022
Menurut Menteri Kesihatan baharu, YB Haji Khairy Jamaluddin di bawah kerajaan Dato' Sri Ismail Sabri yang baru dibentuk, Malaysia dijangka beralih daripada fasa pandemik COVID-19 ke fasa endemik pada akhir bulan Oktober 2021, selaras dengan kadar vaksinasi COVID-19 dalam populasi yang tinggi dan penurunan jumlah kes jangkitan yang teruk. Adakah ayat di atas betul tatabahasanya?

Cadangan ayat yang betul ialah Menurut Menteri Kesihatan baharu, YB Haji Khairy Jamaluddin bawah kerajaan pimpinan Dato' Sri Ismail Sabri yang baru dibentuk, Malaysia dijangka beralih daripada fasa pandemik COVID-19 kepada fasa endemik pada akhir bulan Oktober 2021, selaras dengan kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi dalam kalangan populasi rakyat dan penurunan jumlah kes jangkitan yang teruk.

Tatabahasa23.09.2021
Salam sejahtera. Adakah padanan istilah fasa cermin atau tahap cermin bagi istilah "mirror stage" sesuai digunakan ? Ini adalah sebuah teori daripada sarjana psikoanalisis, Jacques Lacan untuk menerangkan proses awal perkembangan identiti kanak-kanak. Sekian, terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mirror stage ialah fasa cermin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah05.07.2023
Apakah kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata berdasarkan ayat-ayat diberikan di bawah?Bolehkah menjelaskan sebab-sebab kesalahan tatabahasa itu?Terima kasih Dalam hal itu,negeri-negeri yang telah beralih kepada Fasa 2 Pakej Pemulihan Negara(PPN)dinasihatkan untuk meneruskan dan mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard(SOP)yang telah digariskan untuk memastikan situasi terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya sekali gus mempercepat proses pemulihan sektor ekonomi,politik dan sosial.
Cadangan jawapan yang betul ialah "Dalam hal itu, negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pakej Pemulihan Negara(PPN) dinasihatkan untuk meneruskan dan mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan untuk memastikan situasi terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya sekali gus mempercepat proses pemulihan sektor ekonomi, politik dan sosial."

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  merupakan rujukan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. 
Tatabahasa16.07.2021
Adakah keikhlasan merupakan fasa nama?Betul, keikhlasan tergolong dalam kata nama.Tatabahasa06.04.2014
Apakah penjodoh bilangan bagi perkataan 'sektor'? Adakah 'buah' digunakan sebagai penjodoh bilangan baginya? Contoh ayat: Beberapa buah sektor di Malaysia telah dibenarkan beroperasi ketika fasa satu pelan pemulihan negara ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19.Tidak perlu memasukkan penjodoh bilangan bagi perkataan 'sektor'.  Ayat yang betul ialah: Beberapa sektor di Malaysia telah dibenarkan beroperasi ketika fasa satu pelan pemulihan negara ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19.Tatabahasa06.08.2021
MELIA RESIDENCES GERBANG NUSAJAYA. FASA BARU - 24' X 75' - RUMAH KELAB EKSKLUSIF - KOMUNITI BEPAGAR & BERPENGAWALAdakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Lain-lain14.08.2017
adakah salah laku dan tingkah laku itu simpulan bahasa (peribahasa)?Salah laku dan tingkah laku merupakan fasa biasa, bukannya dikategorikan sebagai simpulan bahasa atau peribahasa.Lain-lain27.03.2008
Salam, saya ingin bertanyakan tentang ayat berkenaan dengan bank. Adakah ayat ini dipanggil "Klausa" Rusuhan dan Mogok atau "Fasa"l Rusuhan atau Mogok? Apakah terjemahan sebenar untuk clause.Dalam bidang undang-undang, clause diterjemahkan kepada fasal. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=clause untuk maklumat lanjut.Tokoh09.06.2015
123

Kembali ke atas