Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sal]/[fa.sal] | فصل

Definisi : Ar 1. bahagian drpd bab seksyen tertentu dlm dokumen undang-undang: bab yg pertama terdiri drpd lima belas ~; pd ~ 18 perkara (9), tiada ditentukan bahawa setiap ahli boleh dipilih menjadi ketua; 2. pokok percakapan, tajuk perbincangan, hal, perkara: yg dibincangkan itu ~ yg tidak penting; apalah kakanda gaduhkan ~ itu; 3. bkn hal, mengenai, perihal: ~ itu, serahkan saja pd aku; 4. kerana, sebab: terkenalnya nama Raden Awang bukan ~ kuat;~ timbang tara (Udg) fasal yg dibuat dlm perjanjian utk membolehkan pihak yg terlibat merujuk kpd penyelesaian timbang tara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.sal]/[fa.sal] | فصل

Definisi : 1 bahagian drpd bab; bahagian yg kecil drpd bahagian besar (undang-undang): Dlm bab yg pertama, ada 18 ~. 2 perkara atau tajuk (dlm percakapan): Mereka memperkatakan ~ yuran sekolah. 3 ttg hal; mengenai: ~ makanan, serahkan kpd saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasal

Puisi
 

Tuan tidak pandai mengubah,
     Setiap hari sembahyang dalam perahu;
Fasal berjanji tidak berubah,
     Fasal umur saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Tuan Haji memakai jubah, Mari sembahyang berhantar lalu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal merubah saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tuan tidak pandai mengubah, Setiap hari sembahyang dalam perahu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal umur saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Fasal saja sudah ke pancur, Sudah ke pancur ke sungai pula; Fasal saja sudah terlanjur, Sudah terlanjur dengan dia pula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna buah pauh, Buah kana dalam baldi; Fasal saja lautan jauh, Kalau tidak berjalan kaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ular lidi turun bertapa, Turun bertapa di pokok buluh; Fasal jadi tidak mengapa, Syukur rahsia dipegang teguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetaklah akar akar merah, Semut meniti di batang padi; Fasal saja lautan jauh, Kalau setanah kujalan kaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Nyindung juak nyindung bukit kedondong, Hari nan hari menanam lada; Fasal sahaja bukit melindung, Harilah hari berpandang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika tuan pergi ke hulu, Singgah sebentar ke Batu Kitang; Fasal saja mengenang malu, Kalau tidak kulangkah tebing.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas