Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sid] | فاسد

Definisi : Ar 1. rosak, binasa; 2. batil (tidak sah): walaupun kandungan itu hasil drpd nikah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aqd fāsidakad fasidPerniagaan IslamTiadaAkad dalam urus niaga yang diharuskan oleh syarak, tetapi wujud kekeliruan pada rukun dan syaratnya. Contohnya, akad jual beli sebuah daripada deretan rumah atau sebuah daripada himpunan kereta. Mengikut jumhur fuqaha, akad ini dianggap fasid sehingga diperjelaskan maklumat mengenai rumah atau kereta tersebut.
bai‘ fasidjual beli fasid/jual beli tak sahPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang pada asalnya mengikut syarat dan rukun jual beli tetapi kemudian terdapat pelanggaran syarat dan rukun jual beli tersebut. Contohnya, pembeli menerima produk yang telah rosak. Oleh itu, pembeli berhak mendapat ganti rugi atau menamatkan jual beli. Mengikut mazhab Syafii, jual beli ini dianggap batal. Lihat juga bai‘ batil.
الشرط الفاسدsyarat fasidAgama IslamFiqhSyarat yang menyebabkan tidak sempurna sesuatu (Hanafi) akad.
العقد الفاسدakad fasidAgama IslamFiqhAkad yang tidak mencukupi syarat.
الزواج الفاسدnikah fasidAgama IslamFiqhlihat: الزواج الباطل
pawned item ownershippengehakmilikan barang gadaianEkonomiEkonomi IslamProses mengambil barang gadaian sebagai hak milik. Pengambilan hak milik boleh dilakukan oleh pegadai apabila penggadai gagal melunaskan pinjamannya setelah tamat tempoh. Mengikut jumhur ulama, gadaian ini menjadi fasid sekiranya pengambilan hak milik ini dinyatakan dalam akad gadaian. Pengehakmilikan oleh pegadai hanya sah selepas tamat tempoh tertentu notis peringatan terakhir penebusan dihantar kepada penggadai.
‘aqd ghair sahihakad tak sahPerniagaan IslamTiadaAkad yang tidak sempurna rukun dan syaratnya. Contohnya, akad jual beli barangan yang tidak wujud, barangan bukan milik atau jual beli oleh pihak yang tidak berkelayakan untuk berakad. Mengikut jumhur fuqaha, akad ini terbatal serta fasid.
non valid pawnbrokinggadaian tak sahEkonomiEkonomi IslamGadaian yang tidak memenuhi salah satu syarat yang diperlukan seperti syarat orang yang berakad, syarat sighah, syarat barang dan syarat hutang yang berkaitan. Contohnya, syarat orang yang berakad mestilah waras. Oleh itu, gadaian yang dibuat oleh orang yang tidak waras menyebabkan gadaian berkenaan menjadi tidak sah. Gadaian ini juga dikenali sebagai gadaian batil atau gadaian fasid.

Kembali ke atas