Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.si.li.ta.tor] | فاسيليتاتور

Definisi : orang yg membimbing (memandu) sesuatu program pembelajaran dan pengajaran: guru harus berperanan sbg ~ supaya pelajar dapat dipimpin utk menghasilkan sesebuah karangan yg baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasilitator


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Mohon kerjasama menyalurkan pertanyaan ini kepada Pengarah Bahagian Sastera berkaitan pertanyaan susulan kepada Urus Setia PPSB mengenai bayaran tuntuntan elaun fasilitator PPSB P3 Kem Tegas Mesra Selama Perak. Setelah berjumpa Urus Setia dan Bahagian Kewangan di tingkat 27 Menara DBP pada 22.09.2010 dan pengakuan Ketua Fasilitor menyatakan borang telah dihantar di awal Ramadan iaitu seminggu selepas program diselesaikan oleh kami. Sehubungan dengan masalah yang sering berbangkit maka adalah diharapkan pengurusan DBP menyiasat siapa yang menyebabkan bayaran sering lewat. Harus juga diingatkan ada segolongan fasilitator adalah freelance bukan guru sekolah yang menghargai elaun yang disediakan oleh DBP maka janganlah ada pihak yang tak prihatin. Terima kasih menyediakan ruangan ini untuk kami bersuara secara tertutup dan masih menghormati DBP

Encik Sallehuddin,

Pihak kami telah membuat semakan terhadap maklumat yang diberikan dan kami dapati borang tuntutan fasilitator PPsb Kem Tegas Mesra, Selama baru sahaj diterima pada 29 September. Pihak kami kini sedang memproses borang tuntutan tersebut dan berharap pembayaran dapat dibuat dengan kadar yang segera. Kami juga memohon maaf atas kesulitan ini.

Lain-lain01.10.2010
ADAKAH DBP MENYEDIAKAN KHIDMAT PENCERAMAH / FASILITATOR UNTUK KURSUS TATACARA PENULISAN SURAT RASMI KERAJAAN?Untuk pertanyaan mengenai penceramah untuk kursus, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Akademi DBP melalui talian 03-21479223 (Encik Mohd Amran bin Daud)Lain-lain03.04.2017
Kami ingin mengadakan kursus yang berkaitan dengan penerbitan dan ingin menjemput pihak DBP sebagai fasilitator ke kampus kami. Bagaimana dan kepada siapa saya harus berurusan? Terima kasihUntuk urusan kursus sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my.Lain-lain01.09.2015
Apakah panggilan bagi seseorang yang menjadi pengacara pembentangan kertas kerja ? Adakah dpanggil pengerusi Pembentangan Kertas kerja atau fasilitator? atau moderator? Terima kasih.Lazimnya Pengerusi Sesi Pembentangan yang mempengerusikan sesi tersebut.Tatabahasa03.07.2012
Salam Tuan. Saya ingin mendapat pandangan DBP mengenai kemungkinan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menggunakan istilah "jurufasilatih" untuk merujuk kepada tenaga pengajar kami. Ia mengandungi maksud seseorang yang mempunyai sifat/skil kepakaran, pemudahcara dan jurulatih kerana tenaga pengajar INTAN perlu memiliki ketiga-tiga komponen tersebut. Mohon nasihat tuan.Untuk makluman istilah pemudah cara atau fasilitator telah diterima pakai sebagai padanan untuk facilitator dan telah mantap penggunaannya.   DBP juga tidak menggalakkan pemenggalan dan percantuman beberapa perkataan untuk membentuk satu istilah yang baru.Istilah14.01.2011
Salam sejahtera. Apakah bidang kuasa Munsyi Dewan? Adakah seseorang MD hanya boleh menjawab kemusykilan bahasa bersandarkan Tatabahasa Dewan, Kamus Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Gaya Dewan sahaja? Benarkah MD tidak boleh menjawab/merungkai kemusykilan secara peribadi? Hal ini saya nyatakan demikian kerana walaupun banyak MD yang ada dalam grup media sosial, seperti grup Telegram BM SPM, tetapi tidak menampilkan diri untuk meleraikan kemusykilan bahasa yang diketengahkan oleh guru-guru bahasa Melayu. Adakah hal ini di luar bidang kuasa MD? Hamba menantikan balasan daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Munsyi Dewan ialah pakar bidang, penceramah dan fasilitator yang ditauliahkan oleh DBP untuk membantu DBP mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan tenaga pengajar/pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia dan berperanan membantu fungsi DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini. Seseorang Munsyi Dewan (Bahasa) perlu menjadikan bahan rujukan bahasa terbitan DBP yang sahih dan bersesuaian dengan konteks untuk menjawab segala isu bahasa yang diutarakan. Selaras dengan peranan Munsyi Dewan (Bahasa) sebagai pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia, Munsyi Dewan (Bahasa) berperanan membantu merungkaikan permasalahan atau kemusykilan bahasa sama ada secara rasmi atau tidak rasmi berdasarkan panduan dan pegangan  standard yang dikeluarkan oleh DBP.

Lain-lain05.04.2023

Kembali ke atas