Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sis] | فاسيس

Definisi : penganut faham nasional yg didasarkan pd pemerintahan yg bertindak atas kekuasaan drpd hak-hak demokratik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
FascismFasismeKesenianSeni BinaGaya seni bina yang dibangunkan oleh arkitek masyarakat Fasis yang diasaskan oleh Benitto Musolini di Itali pada awal abad ke-20. Gaya seni bina ini popular pada lewat 1920-an dengan kebangkitan modenisme bersama-sama dengan nasionalisme yang berkaitan dengan kerajaan Fasis di Eropah barat. Pendekatan seni binanya banyak merujuk kepada gaya seni bina Rom Purba.
fascismfasis)Sains PolitikTiadaTiada
fascismfasis)SejarahTiadaTiada
Fascistorang FasisSejarahTiadaTiada
Fascismfahaman FasisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul sebagai reaksi penentangan terhadap sayap kiri selepas Perang Dunia Pertama. Dalam pengertian khusus, fahaman ini merujuk kepada sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang berbentuk diktator dan nasionalis. Fahaman ini diperkenalkan oleh Mussolini di Itali (1922 � 1943). Secara umumnya, fahaman ini juga merujuk kepada fahaman yang mirip dengan aliran yang diperkenalkan oleh Mussolini yang dianuti di negara lain di seluruh dunia, khususnya sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Contoh negara yang pernah menganut fahaman ini ialah Jerman, Austria, Jepun, Romania, Brazil (pimpinan Vargas), Sepanyol (pimpinan Franco), Portugal (pimpinan Salazar) dan Argentina (pimpinan Peron). Para sarjana dan ahli teori berpendapat bahawa fahaman ini merupakan ideologi faham pelampau kanan yang merangkumi ras, agama, ekonomi, kebajikan sosial dan kepimpinan. Asas fahaman ini secara langsung dan secara khusus menentang komunisme, sosialisme dan liberalisme. Dalam konteks hubungan antarabangsa, fahaman ini berkait rapat dengan dasar imperalisme, militarisme dan nasionalisme. Ciri-ciri asas aliran tersebut adalah seperti yang berikut: i. sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang autokratik; ii. struktur negara berbentuk koperatif; iii. pemerintahan berasaskan prinsip kepimpinan yang dijalankan oleh kaum elit; iv. menekankan prinsip autarki; dan v. membebaskan diri daripada pengaruh fatalisme.
Anti-Fascist Peoples Freedom LeagueLiga Kebebasan Rakyat Anti-FasisSejarahTiadaTiada
People's Freedom League Anti-FascistLiga Kebebasan Rakyat Anti-FasisSejarahTiadaTiada
Anti-Facist People's Freedom League (AFPFL)Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL)Sains PolitikTiada-
popular frontbarisan popularSains PolitikPolitik PerbandinganGabungan atau kerjasama beberapa parti politik untuk menentang pihak lawan yang sama. Lazimnya barisan ini ditubuhkan oleh parti-parti komunis. Konsep ini dipopularkan oleh Dirmitrov dalam Konvensyen Komunis Antarabangsa (Comintern) ke-7 pada tahun 1935 sebagai strategi untuk cuba mengatasi gerakan fasis pada masa itu. Gabungan ini dikatakan barisan popular kerana parti komunis sering dirujuk sebagai parti untuk orang rarnai. Parti komunis menubuhkan gabungan ini untuk mendapat sokongan yang banyak dan seterusnya berkuasa. Contohnya, gabungan parti komunis di Eropah terutamanya di Perancis dan Sepanyol yang dibentuk pada tahun 1936-1938 sebagai langkah untuk mengatasi perkembangan Parti Fasis.
one-party systemsistem satu partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang membenarkan hanya satu parti politik wujud dalam sebuah negara. Kehadiran parti lain atau parti pembangkang dianggap menyalahi undang-undang dan diharamkan. Sistem ini hanya terdapat di negara yang mengamalkan sistem politik komunis dan fasis. Parti tunggal yang wujud inilah yang akan membentuk kerajaan, memonopoli persaingan politik dan pembangunan negara tersebut. Persaingan politik hanya wujud dalam bentuk persaingan dalaman parti yang bersifat terbatas. Contohnya, Parti Komunis China di Republik Rakyat China dan pemerintahan Parti Nazi Jerman di bawah pemerintahan Hitler.
12

Kembali ke atas