Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fatimah;

Puisi
 

Dari Acheh pergi ke Madinah,
     Sehari semalam tengah laut;
Nangis adik Siti Fatimah,
     Dengar suara Nabi Daud.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan Fatmah guru di SMK Kelana Jaya .. Apakah pola ayat bagi ayat ini? Puan Fatimah guru / di SMK Kelana Jaya FN + FS atau Puan Fatimah / guru di SMK Kelana Jaya FN + FN Terima kasihPola ayat: Puan Fatimah (FN) guru di SMK Kelana Jaya (FN)Tatabahasa02.11.2017
Nur Fatimah Mohd Noor SAB 9.03 PTG Assalamualaikum.saya ingin bertanya..pihak DBP ada tak mengeluarkan kamus daftar kata jawi.. Ejaan jawi terkini.. klo ada..di manakah saya boleh dapatkan kamus tersebut?Untuk membuat rujukan berkaitan ejaan jawi, Puan boleh dapatkan buku "Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2016.Lain-lain13.06.2017
Kedai Permaidani Fatimah CarpetUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat DBP.Lain-lain06.01.2015
[Sejak kecil Fatimah gemar membaca.] Adakah ayat di atas betul ? terima kasih!Ayat tersebut betul.Tatabahasa22.10.2009
Apakah kesalahan ayat ini : Ketidakhadiran Cikgu Fatimah dalam majlis itu adalah disebabkan badannya yang kurang sihat.Ayat yang gramatis ialah Cikgu Fatimah tidak hadir dalam majlis itu kerana kurang sihat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa04.08.2013
Apakan kata sendi yang sesuai di dalam ayat ini? "Status Fatimah bertukar dari/daripada golongan bangsawan ke/kepada/hingga seorang wanita yang kehilangan kampung halaman." Terima kasih.Status Fatimah bertukar daripada golongan bangsawan kepada seorang wanita yang kehilangan kampung halaman.Tatabahasa04.03.2007
Salam sejahtera, Bagi penggilan seperti Ibu Fatimah, adakah ianya dianggap kata nama khas - di mana huruf "i" adalah huruf besar? Terima kasih!
Perkataan  Ibu Fatimah sebagai gelaran bagi nama khas di tulis dengan huruf besar. 
Ejaan16.07.2020
Ejaan nama pokok yang berasaskan nama orang, contohnya tongkat ali, kacip fatimah dan ceri terengganu; adakah perlu ditulis huruf besar pada pangkalnya (cth., Tongkat Ali). Mohon bantu.Nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama pokok merupakan kata nama am. Dalam pangkalan data kami, tongkat ali, kacip fatimah dan ceri ditulis dengan huruf kecil. Istilah ceri Terengganu tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh sebab Terengganu merujuk kepada nama negeri, iaitu nama khas, ejaan yang kami cadangkan ialah ceri Terengganu.Ejaan16.05.2012
Pengesahan kata Sendir 1. kita harus melihat perkara itu (dari / daripada) beberapa segi agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. 2. Puan Fatimah akan pergi ke London pada (musim dingin / musim sejuk) winter, musim dingin boleh pakai ker.1. kita harus melihat perkara itu dari beberapa segi agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan 2. Puan fatimah akan pergi ke London pada musim sejukTatabahasa14.07.2014
Tuan, Apakah jawapan untuk ayat di bawah ? 1. Fatimah ______________ rakan karibnya beberapa keping poskad ketika melancong ke Australia. a. mengirimkan b. mengirimi Terima kasih. Cik OngJawapan yang betul ialah "mengirimi".Tatabahasa07.11.2018
1234

Kembali ke atas