Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fau.na] | فاونا

Definisi : (Bio) seluruh binatang yg hidup di sesuatu daerah tertentu: hutan lembap tropika mengandungi setengah drpd hidupan liar, flora, dan ~ di dunia ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fau.na] | فاونا

Definisi : keseluruhan haiwan yg hidup di sesuatu daerah atau habitat: Hutan lembap tropika mengandungi sebahagian besar drpd flora dan ~ di dunia ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fauna


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati.

Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina.

Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna07.07.2008
Dari Kuala Lipis ke Jerantut, Bera dan Kuala Rompin, mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kaya dengan keindahan sumber semula jadinya, dengan flora, fauna, sungai, tasik dan pantai yang tinggi [nilai eksotikanya (atau nilai eksotiknya).. yg mana betul?]

Puan Rahemah,

Perkataan yang betul ialah eksotik yang bermaksud luar biasa atau keistimewaan.

Ejaan10.03.2010
adakah perkataan ekolancong dan apa maksudnya terima kasih

Ekolancong atau ekopelancongan ialah pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt flora, fauna, pantai, tasik dan sungai. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua.

Makna31.03.2010
bagaimanakah cara untuk menghasilkan sebuah pantun yang berkualiti dan bagaimanakah cara termudah untuk kita mengenal pasti ayat pasif dengan ayat aktif?Sebuah pantun yang baik haruslah menepati ciri-ciri pantun yang baik termasuklah rimanya (abab), jumlah suku kata (antara 8 - 12 suku kata untuk setiap baris), ciri-ciri yang perlu ada pada pembayang (alam, flora dan fauna), dan maksudnya iaitu maksud yang hendak diampaikan. Untuk lebih mendalami sila ruijuk buku yan berkaitan seperti Alam Pantun Melayu (Daillie), Kajian Pantun Melayu (Omardin Haji Asha'ri) dan Kumpulan Pantun Melayu (DBP). Dalam susunan Ayat Aktif pelaku dipentingkan (Ali), contohnya; "Ali menendang bola", manakala dalam Ayat Pasif objek dipentingkan (bola) "Bola ditendang oleh Ali".Tatabahasa25.06.2009
1) Apakah perbezaan antara eko-pelancongan dan agro-pelancongan 2) dari segi ejaan adakah dieja dengan satu perkataan, dua perkataan atau ada tanda sempang. terima kasih. Rusli Kamaruddin PA YB Dato' Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

 Encik Rusli,

Perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut dapat dilihat daripada makna yang diberikan.

Ekopelancongan bermaksud pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt. flora, fauna, pantai, tasik dan sungai: Kajian dijalankan utk menjadikan tasik itu sbg. pusat penyelidikan dan ~.  

Agropelancongan bermaksud aktiviti pelancongan yang berasaskan pertanian seperti lawatan ke ladang kelapa sawit, kawasan ternakan atau dusun buah-buahan.

 

Kedua-dua perkataan ini dieja sebagai satu perkataan.

Makna07.01.2010

Kembali ke atas