Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[félt] | فيلت

Definisi : (félt) sj fabrik yg agak tebal dan kuat, diperbuat drpd bulu biri-biri dsb yg dimampatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata felt


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin mendapatkan huraian bagi kemusykilan2 di bawah ini: 1) Kalau 'Hooray' diterjemahkan dalam bahasa Melayu menjadi 'Hore', bagaimana pula dengan 'Yay' yang menunjukkan reaksi gembira? 2) Perkataan 'teruja' atau 'ghairah' boleh digunakan untuk menunjukkan perasaan 'excited'. Jikalau ayat Inggeris berbunyi 'I felt so excited', apakah ayat bahasa Melayunya jikalau saya hendak menggunakan perkataan ghairah? Adakah 'Saya berasa ghairah' mencukupi? Pada pendapat saya, perlu diperluaskan ayat tersebut, menjelaskan kenapa ada perasaan sedemikian. Terima kasih kerana menyediakan wadah sebegini. Sekian, terima kasih.1. Perkataan "Yay" tidak terdapat dalam pangkalan data kami kerana perkataan ini merupakan perkataan bahasa Inggeris untuk menggambarkan perasaan gembira. Perkataan ini boleh ditukar kepada "yei" dalam bahasa Melayu dan hanya digunakan dalam bahasa percakapan.
2. Ayat "Saya berasa ghairah" dan "Saya berasa teruja" boleh digunakan. Walau bagaimanapun, pemilihan perkataan yang sesuai, sama ada "ghairah" atau "teruja" bergantung pada konteks penggunaan ayat tersebut.
Ejaan21.08.2013
tuan/puan/cik, Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut perkataan 'transportation' yang sesuai dengan ayat "Transportation into a narrative refers to the process by which an individual becomes immersed into a story, losing track of the real world as he or she experiences the unfolding events in the story (Gerrig, 1993; Green & Brock, 2000). Transportation is measured by asking viewers about the extent to which they forgot about their surroundings while viewing and felt present in the mediated environment they were viewing (Green & Brock, 2000)". Harap pihak DBP dapat membantu saya..Ini kerana makna sebenar 'pengangkutan' daripada transportation dilihat tidak sesuai dengan ayat tersebut. Terima kasih atas bantuan DBP.

Puan Suraini,

Dalam konteks ini padanan yang sesuai bagi perkataan transportation ialah 'penghayatan', dalam erti kata yang lain pembaca atau penonton akan berasa seolah-olah mengalami peristiwa yang diceritakan. 

Istilah29.06.2010
APAKAH MAKSUD INTEGRITI?

Puan Normazidlan,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan integriti ialah 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;    Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan  integriti bermakna 1. quality of being honest and upright, integriti: he felt that his ~ had been impugned, dia berasa bahawa integritinya dipersoalkan; a man of ~, orang yg mempunyai integriti; 2. completeness, keutuhan: border clashes that threatened the territorial ~ of neighbouring countries, pertempuran sempadan yg mengancam keutuhan wilayah negara jiran; the cultural ~ of a race, keutuhan kebudayaan sst bangsa. 

Makna09.07.2009
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Saya pembantu penyelidik UPM yang menjalankan kajian mengenai sosialisasi perundangan . Saya ingin bertanya mengenai daftar Bahasa Inggeris yang ingin dialih bahasa ke Bahasa Melayu. 1.legitimacy of the law, 2.cynicism about the legal system 3.moral disengagement Legitimacy of the law - merujuk kepada ( the feelings of obligation to defer to the rules and decisions associated with legal institution and actors ) Cynicism about the legal system - merujuk kepada ( the legal system or the law is the sense in which the people are acting in ways that are outside the law and community norms and they felt that such conduct is reasonable ) Moral disengagement - merujuk kepada ( the separation of conduct from moral standards relevant to the conduct )Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.legitimacy of the law - keesahan undang-undang 2.cynicism about the legal system - kesinisan terhadap sistem undang-undang 3.moral disengagement -pembebasan moralIstilah14.11.2016

Kembali ke atas