Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.no.mé.na] | فينومينا

Definisi : (fénoména) 1. sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diperhatikan: ~ alam semula jadi; ~ sejarah; 2. sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fé.no.mé.na] | فينومينا

Definisi : /fénoména/ sesuatu (kenyataan, kejadian dsb) yg dpt dikesan oleh pancaindera dan dpt pula dijelaskan secara ilmiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fenomena


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TOMPOK MATAHARIFenomenaFIZIKFenomena
LOGAMAYAFenomena yang berlaku disebabkan oleh sifat cahaya yang boleh dibiaskan dan dipantulkan.FIZIKKonsep
KESAN RAMANFenomena yang boleh dicerap dalam serakan cahaya melalui bahantara lut sinar (pepejal, cecair atau gas).FIZIKTeori/Teorem/Hukum
HUJAN UMUMFenomena
KEBERALIRAN LAMPAU

Keberaliran lampau ialah fenomena apabila

logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan

elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada

logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar

mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah

menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu

tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir

lampau pada suhu setinggi –148 ° C.

UMUM 
KESAN HALL

Kesan Hall ialah fenomena elektrik yang berlaku

apabila arus elektrik mengalir melalui bahan dalam

medan magnet. Contohnya, jika arus elektrik

yang mengalir melalui sesuatu bahan serenjang

dengan medan magnet di sekitar bahan itu, kesan

Hall kelihatan sebagai voltan merentasi bahan itu.

Voltan Hall adalah serenjang dengan kedua-dua

arah arus elektrik dan arah medan magnet.

UMUM 
PARAPSIKOLOGI

Parapsikologi ialah kajian saintifik tentang sesuatu

fenomena yang kononnya berlaku, tetapi tidak wujud

menurut andaian sains semasa.

UMUM 
TITAN

Titan ialah dewa-dewa pertama dalam mitologi

Yunani. Kebanyakan mereka, dilambangkan dalam

bentuk manusia, mewakili fenomena semula jadi

seperti bumi, langit dan matahari. Sebelum itu,

mengikut mitologi yang sama, alam semesta ini

hanyalah satu kekosongan yang dipanggil “Chaos”.

Titan yang pertama ialah Dewi Gaea, iaitu bumi.

Dewi ini terbit daripada Chaos dan melahirkan

Dewa Uranus, iaitu langit. Gaea kemudian

berkahwin dengan Uranus. Gaea dan Uranus

mempunyai banyak anak. Yang bongsu dan yang

paling penting ialah Dewa Cronus, yang berkahwin

dengan adik perempuannya, Dewi Rhea. Cronus

menggulingkan Uranus dan menjadi raja segala

dewa.

UMUM 
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Jabatan yang menyediakan secara saintifik amaran atau ramalan dan maklumat berhubung dengan cuaca, iklim dan fenomena seismologi di Malaysia.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
ALIRAN PELBAGAI FASAMisalnya dalam proses pengeluaran gas, walaupun nisbah gas terhadap cecair adalah tinggi, kewujudan cecair walaupun sedikit, boleh memberi kesan yang tinggi kepada fenomena aliran di dalam paip.  Dalam industri kimia pula, aliran pelbagai fasa yang terdapat di dalam peranti yang menjana stim dan sistem paip di dalam reaktor nuklear juga mengalami proses pemindahan haba.  Keadaan ini menyulitkan lagi analisisnya.  Haba yang diterima akan mengubah pecahan gas dan cecair dalam aliran pelbagai fasa tersebut.  Dengan pemanasan, komposisi bendalir akan terus berubah.  Pengaruh pemindahan haba terhadap aliran pelbagai fasa juga boleh menyebabkan sebahagian bendalir membeku.     Masalah aliran pelbagai fasa amat kompleks keadaannya.  Banyak pengetahuan banyak persamaan korelasi yang telah diolah....rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
1234

Kembali ke atas