Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fés.ti.val] | فيستيۏل

Definisi : (féstival)1. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri, pesta: F~ Filem Malaysia ke-11; 2. perayaan keagamaan (kebudayaan dsb) sesuatu kaum sempena menyambut sesuatu peristiwa dsb, pesta: F~ Kuih Bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fés.ti.val] | فيستيۏل

Definisi : /féstival/ pesta atau kegiatan yg berupa kempen, promosi atau pertandingan, biasanya secara bersiri, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri: ~ filem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata festival


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah saya tentang : 1. Dragon Boat Festival dalam BM sepatutnya ditulis sebagai apa? Perayaan Bot Naga @ Perayaan Duan Wu @ Perayaan Kuih Chang? 2. Mid Autumn Festival dlm BM ditulis sbg Perayaan Kuih Bulan @ Perayaan Tanglung @ Perayaan Zhong Qiu? Terima kasih

Dragon Boat Festival ialah Festival Perahu Naga manakala  Mid Autumn Festival  di Malaysia biasanya dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan.

Lain-lain07.01.2021
Festival Usahawan Merdeka 2014Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/perlu perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain20.07.2014
Sy ingin tahun cara utk mengambil bahagian dlm Festival Bahasa dan Sastera. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Untuk makluman, maklumat berkaitan aktiviti Festival Bahasa dan Sastera boleh diperoleh daripada:

Facebook Festival bahasa dan Sastera 2020
atau layari laman web DBP dan muat turun borang penyertaan tersebut seperti lampiran.

Sekian, Terima kasih.

Lain-lain02.03.2020
TV3 dan TV9 sedang mempromosikan melalui siarannya akan menganjurkan Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) seperti yang telah diadakan 2 kali sebelum ini. Pada pandangan saya, nama festival ini bertentangan dengan hukum DM yang sepatutnya `Festival Drama Kuala Lumpur’. Jika nama acara ini tidak tepat, saya ingin memohon kerjasama DBP memaklumkan dengan segera kepada urus setia di TV3 dan TV9 agar tidak berlaku kesilapan yang akan mengelirukan pengguna bahasa. --Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan. Untuk pengetahuan tuan, isu ini telah kami maklumkan kepada pihak penganjur iaitu TV3 untuk membuat pembetulan bagi penggunaan tajuk program tersebut. Pihak DBP telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan. Sekian terima kasihLain-lain20.12.2016
Iklan says FESTIVAL KERJA KAHWIN MALAYSIA tidak diluluskan dan diminta menggantikan nama FESTIVAL PERKAHWINAN MALAYSIA sedangkan 4 permohonan lepas diluluskan Mohon penjelasan.Permohonan tuan telah diproses, kami memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.Lain-lain19.01.2017
Festival Jublis Emas UiTM atau Pesta Jubli Emas UiTMPesta Jubli Emas UiTM. Perkataan Festival adalah daripada perkataan bahasa Inggeris dan belum diterima secara sah dalam Kamus Dewan, terbitan DBP. Harap maklum.Istilah26.09.2006
Ini merupakan susulan pertanyaan soalan kepada jawapan yang telah pihak tuan berikan kepada saya pada 21 Disember 2016 mengenai `Drama Festival Kuala Lumpur 2017'. Saya dimaklumkan pihak tuan telah menghubungi TV3 mengenai nama tersebut yang sepatutnya "Festival Drama Kuala Lumpur 2017" mengikut hukum DM. Namun promosi yang kelihatan di kaca TV3 dan TV9 masih terus menggunakan 'Drama Festival Kuala Lumpur'. Apakah penjelasan yang telah diberikan oleh pihak pengnjur kepada DBP hasil teguran ini?Jawapan yang kami terima, "Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015" ialah kata nama khas bagi rancangan terbitan Media Prima. Mereka beranggapan kata nama khas perlu dikekalkan dan bersedia memberikan kerjasama dalam hal kebahasaan kepada pihak kami pada masa yang akan datang.Lain-lain09.01.2017
Kelab Teater Negeri Sembilan MEMOHON PENAJAAN/SUMBANGAN UNTUK FESTIVAL TEATER PENDEK NEGERI SEMBILAN 2016 Assalammualaikum Tuan/Puan, Maaf mengganggu, Saya MohdFazreen Bin Mohd, Setiausaha bagi Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan ingin bertanya bagaimana caranya untuk pihak kelab kami memohon penajaan/sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk menjayakan Festival Teater Pendek Negeri Sembilan 2016 pada 9 Januari 2016. Untuk makluman ringkas Tuan/Puan, Kelab kami yang akan mengendalikan Festival tersebut dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Segala perhatian Tuan/Puan terhadap perkara ini amat kami hargai. Yang Menjalankan Tugas, MOHD FAZREEN BIN MOHD SETIAUSAHA KELAB PENGGIAT SENI TEATER NEGERI SEMBILAN. Email : kelabteater_n9@yahoo.com.my 011-23134619Untuk pertimbangan selanjutnya, kemukakan permohonan secara rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala LumpurLain-lain10.12.2015
Terdapat 2 fenomena menarik berkaitan bahasa minggu ini. i. Pada 22 Februari 2014, TV3 mengadakan program "Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur". Saya berpendapat mengikut tatabahasa yang betul sepatutnya. "ANUGERAH FESTIVAL DRAMA KUALA LUMPUR". ii. Pada 23 Februari 2014, tersiar dalam Berita Perdana di TV 1, RTM dan Berita Harian akan menyiarkan kembali rancangan `Mini Parlimen' yang popular pada era 1980-an. Mengikut hukum DM, sepatutnya 'PARLIMEN MINI'. Sekiranya berlaku ketidaktepatan atau kesilapan tatabahasa ini, apakah tindakan susulan Jabatan Pengembangan Bahasa DBP. Kalau tidak dibetulkan dengan SEGERA, pasti kesilapan ini akan berterusan dan menjadi contoh tidak baik kepada pengguna bahasa.Terima kasih atas makluman daripada pihak tuan. Pihak kami akan menyiasat perkara ini dan akan menghubungi pihak yang berkenaan untuk memaklumkan kesilapan ini. Terima kasih sekali lagi.Lain-lain24.02.2014
Ingin mengetahui makna perkataan `samrah' di mana ia ada digunakan untuk festival samrah yang merupakan lagu dan tarian berkonsepkan seni arab. Harap mendapat panduan daripada pihak DBP tentang makna perkataan `samrah' tersebut. Terima kasih.Samrah ialah persembahan kebudayaan Arab yang menggabungkan zafin dan syarah diiringi nyanyian dan alunan alat muzik seperti tarbus, biolamarwas, bongo, darabuka dan keyboard. Makna05.02.2009
12

Kembali ke atas