Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fés.ti.val] | فيستيۏل

Definisi : (féstival)1. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri, pesta: F~ Filem Malaysia ke-11; 2. perayaan keagamaan (kebudayaan dsb) sesuatu kaum sempena menyambut sesuatu peristiwa dsb, pesta: F~ Kuih Bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fés.ti.val] | فيستيۏل

Definisi : /féstival/ pesta atau kegiatan yg berupa kempen, promosi atau pertandingan, biasanya secara bersiri, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri: ~ filem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata festival


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FESTIVAL FILEM MALAYSIA

FESTIVAL FILEM MALAYSIA, pesta pertandingan filem Malaysia. Tujuan utama festival ini adalah untuk memberi penghargaan kepada filem dan karyawan filem tanah air memajukan industri filem.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
HINAMATSURI

Hinamatsuri, festival kanak-kanak perempuan yang dirayakan pada 3 Mac setiap tahun di Jepun.

BUDAYAPerayaan/Upacara
LICAD, CECILE

Licad, Cecile (1961– ), pemain piano

konsert Filipina yang memperolehi pengiktirafan

antarabangsa pada tahun 1980-an. Dia

mempersembahkan konsert profesionalnya yang

pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1980,

bersama-sama Boston Symphony Orchestra di

bawah pimpinan pemimpin Jepun, Seiji Ozawa.

Persembahannya di Tanglewood Festival,

Massachusetts , memenangi anugerah Leventritt.

Pada tahun 1981, Licad memulakan musim konsert

pertama yang sepenuhnya dengan orkestra New

York Philharmonic di bawah pimpinan Zubin Mehta,

dari India.

UMUM 
SEOW YIT KIN

Seow Yit Kin (1955 – ), ahli muzik Singapura yang

menjadi pesaing paling muda memenangi

pertandingan piano anjuran British Broadcasting

Corporation ketika berumur 19 tahun. Dia

meneruskan persembahan solonya yang hebat

dengan beberapa orkestra yang terkenal di peringkat

antarabangsa. Pada tahun 1980, dia bermain dalam

konsert bersama dengan Sir Yehudi Menuhin di

Festival Grand Teton di Amerika Syarikat.

UMUM 
ANAKKU SAZALI

ANAKKU SAZALI, filem Melayu terbitan Malay Filem Productions Ltd. Pada tahun 1956, arahan Phani Majumdar.  Filen yang dibintangioleh P. Ramlee ini menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, dalam Festival Filem Asia yang diadakan di Tokyo pada tahun 1957. 

BUDAYAKonsep
KOINOBORI

Koinobori ialah festival untuk kanak-kanak lelaki di Jepun. Perayaan yang diadakan pada setiap 5 Mei ini bermula pada abad ke-17 dan dipelopori oleh masyarakat di kota.

BUDAYAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas