Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fés.ti.val] | فيستيۏل

Definisi : (féstival)1. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri, pesta: F~ Filem Malaysia ke-11; 2. perayaan keagamaan (kebudayaan dsb) sesuatu kaum sempena menyambut sesuatu peristiwa dsb, pesta: F~ Kuih Bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fés.ti.val] | فيستيۏل

Definisi : /féstival/ pesta atau kegiatan yg berupa kempen, promosi atau pertandingan, biasanya secara bersiri, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri: ~ filem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata festival


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Malaysian Theatre FestivalFestival Teater MalaysiaKesenianDrama dan TeaterProgram pementasan peringkat kebangsaan di Malaysia yang dijalankan secara tahunan mengikut peringkat negeri dan zon yang menjadi wadah penggiat teater mempamerkan kreativiti. Festival ini merupakan lanjutan daripada Pesta Tarian dan Drama yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada awal tahun 70-an hingga 1980-an.
job festivalpesta pekerjaanKependudukanTiadaTiada
food festivalpesta makananPelanconganTiadaKempen yang diadakan untuk memperkenalkan dan mempromosi makanan tempatan.

Kembali ke atas