Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.syen] | فيشن

Definisi : (fésyen) gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku, dll, (terutamanya yg terbaru) yg menjadi kegemaran ramai: berbagai-bagai ~ rambut dapat kita lihat hari ini; berfesyen menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dlm cara berpakaian dll): spt gadis-gadis lain, Rosnani gemar ~; memfesyenkan membuat atau membentuk mengikut fesyen: jangan sekali ~ rambut yg tidak sesuai dgn raut wajah, umur, atau tempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fé.syen] | فيشن

Definisi : /fésyen/ potongan pakaian, rambut dll yg bersifat sementara dan akan berubah mengikut masa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fesyen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slow fashionfesyen malarKesenianTiadaFesyen pakaian yang berkualiti tinggi dan mahal tetapi gayanya tidak mengikut trend semasa. Fesyen ini juga dikenali sebagai fesyen sepanjang zaman dan tiada koleksi baharu yang diperkenalkan secara berterusan.
sustainable fashionfesyen lestariKesenianTiadaFesyen pakaian yang diperbuat daripada bahan mesra alam sekitar, seperti fabrik kitar semula. Fesyen ini juga tidak banyak menggunakan tenaga kerja.
caution feeimbal ciptaKesenianTiadaBayaran yang dikenakan kepada seseorang pereka pakaian atau pengusaha pakaian untuk menghadiri pertunjukan fesyen oleh pereka fesyen Perancis yang terkemuka, supaya hak ciptanya terjamin. Yuran ini mungkin sama nilainya dengan harga satu atau dua pakaian yang akan dijual.
demodefesyen usangKesenianTiadaFesyen pakaian yang tidak mengikut peredaran zaman.
fad (fashion)fesyen fadKesenianTiadaFesyen yang popular secara mendadak dan kekal dalam jangka masa yang singkat.
dernier crifesyen mutakhirKesenianTiadaFesyen pakaian yang terbaharu.
fast fashionfesyen segeraKesenianTiadaFesyen pakaian berharga rendah tetapi gayanya mengikut trend semasa yang bergerak pantas dengan koleksi baharu diperkenalkan secara berterusan.
flea-market lookfesyen lambakKesenianTiadaFesyen yang dipakai oleh golongan remaja di pasar lambak di London, Paris dan New York pada tahun 1960-an dan 1970-an.
trend (fashion)arah aliran (fesyen)KesenianTiadaPergolakan fesyen yang terdiri daripada warna, jenis fabrik dan rupa bentuk pakaian yang dipengaruhi oleh peristiwa semasa, seperti politik, sosial dan sukan, filem, drama serta tokoh-tokoh.
fashion consultantperunding fesyenKesenianTiadaPerunding atau penasihat dalam fesyen pakaian.
12345678910...

Kembali ke atas