Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[féu.dal] | فيودل

Definisi : (féudal) berasaskan (bersifat, berkaitan dgn) feudalisme; kefeudalan keadaan feudalisme: sifat ~ Tikus Rahmat semalam jelas semasa dia menjadi pemimpin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[féu.dal] | فيودل

Definisi : /féudal/ 1 mengenai susunan masyarakat yg dikuasai oleh kaum bangsawan. 2 mengenai sistem pembahagian tanah kpd kaum bangsawan (di Eropah pd zaman dahulu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata feudal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAMURAI

Samurai ialah kelas sateria yang diwarisi dari

zaman Jepun feudal. Istilah ini asalnya digunakan

hanya kepada pengawal diraja. Selepas sistem

feudal muncul, istilah ini digunakan untuk seluruh

kelas tentera. Kelas ini meliputi sateria samurai,

bangsawan feudal yang dikenali sebagai daimyo

atau daimio dan shogun. Lebih kurang lima orang

daripada setiap 100 orang Jepun tergolong dalam

kumpulan ini.

UMUM 
SYOGUN

Syogun ialah gelaran bagi pemerintah feudal Jepun

yang agung. Istilah syogun bererti panglima agung

dalam bahasa Jepun, dan merupakan singkatan bagi

suatu gelaran yang bermakna Generalismo yang

Menakluki Orang Gasar.

UMUM 
YEOMAN

Yeoman ialah retainer (tanggungan) pembesar

feudal England pada akhir Zaman Pertengahan.

Pada awal tahun 1400-an, nama ini merujuk

kepada pembantu rumah golongan bangsawan

dan pemilik tanah kecil yang bebas serta petani

kepada ladang milik orang bangsawan.

UMUM 
KASTIL

Kastil ialah tempat kediaman dan kubu kuat

seseorang tuan tanah feudal pada Zaman

Pertengahan. Perkataan kastil (castle) berasal

daripada perkataan Latin castellum, yang

bermaksud kubu. Justeru, ada sesetengah kastil

dikenali sebagai kubu.

UMUM 
BUSHIDO

Bushido, perkataan Jepun yang bermaksud sateria atau samurai pada zaman feudal Jepun. Penggunaan perkataan bushido bermula pada abad ke-16, iaitu ketika era pemerintahan Kamakura (1192-1573).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM 

Kembali ke atas