Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.kir] | فيکير

Definisi : 1. ingatan, angan-angan, akal: ~ itu pelita hati; daya ~ daya atau keupayaan (utk) berfikir; ~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat (dipertimbangkan baik-baik); tak habis ~ tidak mengerti (hujung pangkalnya maka jadi begitu); ahli ~ ahli falsafah; 2. anggapan, pendapat, sangka, kira: pd ~nya, tidak akan kita datang; ~ku sangkaku, pd sangkaanku; berfikir menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; berfikir-fikir berfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yg harus dihubunginya; berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;memikir 1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu: ia kelihatan mengerutkan kening seolah-olah ~ sesuatu; 2. menyangka, menganggap: apa yg kau fikir tidak aku tahu persoalannya; memikiri memikir; memikirkan 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2. mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;memikir-mikirkan memikirkan sesuatu perkara dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: sedang aku ~ penyelesaian masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain; terfikir teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku kejadian spt ini akan menimpanya; fikiran 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; sefikiran sependapat, sefaham; berfikiran mempunyai fikiran (akal dll); pemikiran perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~ lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; pemikir orang yg berfikir, ahli fikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.kir] | فيکير

Definisi : 1 kata dlm hati; ingatan. 2 akal budi; ingatan: ahli ~ orang yg pandai-pandai; ahli falsafah; kurang ~ tidak difikirkan baik-baik. berfikir bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. memikir menganggap; menyangka: Engkau fikir aku tidak tahu akan hal yg sebenarnya! memikirkan 1 berfikir ttg sesuatu; mempertimbangkan sesuatu dgn akal; merenungkan: Tiada gunanya kita ~ hal yg remeh-temeh. 2 mengingat; mengenang: Dia berasa sedih ~ nasib malang yg menimpa orang tua itu. 3 mengutamakan; mempedulikan: Janganlah ~ kepentingan diri sendiri saja, fikirkanlah kepentingan orang lain juga. terfikir (sudah) difikirkan; terkandung dlm ingatan; teringat: Tidak ~ olehnya bahaya yg akan dihadapinya. fikiran 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. berfikiran mempunyai fikiran; berakal. pemikiran cara atau hal memikirkan sesuatu. pemikir orang yg kuat berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikir

Puisi
 

Ukir-ukir pinang Betawi,
     Pinang satu dibelah dua;
Fikir-fikir badan sendiri,
     Bantal satu kepalanya dua.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Khabar jauh dengar-dengarkan,
     khabar dekat fikir-fikirkan.

Bermaksud :

Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam kamus DBP "faham" dan "fikir" dimasukkan sebagai entri di bawah "faham: fikir". tetapi apabila mendapat imbuhan "faham" menjadi "memahami" dan "fikir" menjadi "memikirkan" seolah-olah daripada kata "paham" dan "pikir". Mengapakah /f/ itu tidak digantikan dengan /p/ sahaja? Mengapakah ini dijadikan satu kekecualian sedang kedua-dua kata sudah mantap dalam bahasa Melayu?Rumus tatabahasa, kata dasar yang bermula dengan huruf f akan megalami pengguguran huruf pertama (f) dan digantikan dengan huruf m apabila menerima apitan me-...-i, me-...-kan, me-...-an. Hal kekecualian juga ditetapkan oleh penyusun buku tatabahasa kerana penggunaan yang sedia ada telah diterima dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa25.07.2012
Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih.Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud:
1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.”
2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya."

Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
Tatabahasa26.11.2019
adakah kedua-dua ayat di bawah membawa maksud yang sama atau sebaliknya 1) saya fikir saya tidak boleh lakukan 2) saya tidak fikir saya boleh lakukan ayat asal dalam bahasa inggeris iaitu: I don't think I can do

Ayat mengikut struktur bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Saya fikir saya tidak boleh melakukan
  2. Saya tidak fikir yang saya boleh melakukan

Namun begitu, lazimnya lebih bersahaja dalam bahasa Melayu untuk menggunakan perkataan “rasa”.

  1. Saya rasa saya tidak boleh melakukan
  2. Saya tidak rasa yang saya boleh melakukan

Sekian. Terima kasih.
Tatabahasa04.10.2017
Seperti yang diterangkan melalui Khidmat Nasihat, singkatan bagi kata ganti diri aku dan kamu, iaitu ku and mu, tidak boleh di pisahkan dengan perkataan yang ada sebelum atau sesudahnya. Bagaimana pula dengan contoh berikut: "tidak ku fikir" atau "tidakku fikir". Adakah terdapat situasi dimana ianya boleh dipisahkan? Terima kasih!
Kata ganti nama diri singkat ku dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Jadi perkataan yang betul ialah "tidakku fikir".
Tatabahasa29.04.2020
Tuan, antara "pohon" dengan "mohon"; "pinta" dengan "minta"; "pikir" dengan "fikir"; "paham" dengan "faham", yang manakah bentuk baku? Minta tuan tinjau WordPad saya kajian tentang masalah ini dan anjurkanlah pendapat tuan. Yang salah tentunya "fikir" dan "faham", sepatutnya dua kata itu berbentuk "pikir" dan "paham"!Perkataan pohon dan mohon mempunyai persamaan makna kerana perkataan pohon selain bermaksud pokok, juga mempunyai maksud meminta dengan halus (dengan hormat).
 
Dalam bahasa Melayu, penggunaan perkataan sama ada pinta atau  minta, pikir atau fikir merupakan satu variasi dan menunjukkan keunikan bahasa Melayu. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks ayat. Sesungguhnya kita tidak boleh menghukum mengatakan bahawa sesuatu ejaan tersebut salah kerana sifat bahasa yang unik bagi konteks penggunaan p atau m. Pihak kami hanya  menjawab berdasarkan data rujukan kami, iaitu buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan serta bahan rujukan terbitan DBP. Bagi merungkai permasalahan yang lebih lanjut, puan/tuan bolehlah merujuk yang lebih arif tentang kajian atau pendapat puan/tuan.  
Tatabahasa19.12.2016
Apakah sebutan yang betul untuk 'MALAYSIA'? Saya fikir sebutan yang ditunjukkan dalam portal DBP kurang tepat (suku kata pertama ditunjuk sebagai 'ma' (saya fikir 'me' - e pepet ,lebih tepat)Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sebutan yang betul ialah Ma.lé.siaLain-lain02.09.2021
Yang manakah penggunaan yang betul? Ayah awak fikir mak terlalu berharap kepada / dari kamu. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
Ayah awak fikir mak terlalu berharap kepada kamu.
Lain-lain30.09.2021
diafikir ATAU dia fikir, diarenung ATAU dia renung, diarasa ATAU dia rasa. saya terjumpa beberapa perkataan ini dalam bahan bacaan saya. saya mohon pengesahan daripada pihak DBP untuk mengesahkan, yang mana satu adalah betul. sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah dia fikir, dia renung, dan dia rasa. Perkataan 'dia' ialah kata ganti nama diri ketiga, tidak ada dalam bentuk kependekkan. Bentuk kata ganti nama diri yang dieja rapat contohnya kufikir, kurenung, kurasa, atau fikirku, rasaku adalah disebabkan 'ku' adalah kependekkan daripada kata 'aku'.Ejaan04.01.2011
Adakah perkataan "kira" salah digunakan dalam contoh ayat ini? Saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan. Jawapan yang dicadangkan ialah "kira" salah digunakan, tetapi menurut Kamus Dewan edisi ke4, kira bermaksud fikir, rasa, anggap, contohnya Saya fikir malam nanti baru ia tiba di sini.Berdasarkan huraian dalam Kamus Dewan, perkataan kira boleh digunakan dalam konteks ayat contoh yang tuan berikan "saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan".Tatabahasa15.10.2012
Maaf tuan, sayapun fikir begitu, tapi ada soalan utk sekolah rendah mcm tu... pilihannya antara percik atau cebis.Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat dan Tatabahasa, perkataan tersebut sudah boleh memberi makna tanpa penjodoh bilangan. Jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, saudara perlu merujuk Majlis Peperiksaan Malaysia.Tatabahasa25.02.2013
1234

Kembali ke atas