Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.lum] | فيلوم

Definisi : (Bio) kategori utama dlm pengelasan haiwan dan tumbuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.lum] | فيلوم

Definisi : ist kategori utama dlm pengelasan haiwan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata filum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARTROPOD

Artropod ialah sebarang haiwan yang tergolong

dalam bahagian besar atau filum alam haiwan yang

dikenali sebagai artropod . Istilah ini dibentuk

daripada dua perkataan Yunani, dan bermakna

tapak kaki bersendi . Sebenarnya, kaki dan bukan

tapak kaki, yang bersendi. Kesemua artropoda, atau

artropod, mempunyai kaki bersendi. Antara

kumpulan artropod yang terpenting adalah:

(1) serangga, termasuk lipas, kumbang, lebah,

rama-rama, dan banyak yang lain; (2) krustasea,

termasuk haiwan yang terkenal seperti ketam,

udang karang, udang, dan teritip; (3) araknid,

termasuk kutu, tuma, labah-labah, kala jengking;

(4) kilopod, atau halipan; dan (5) diplopod atau

gonggok. Filum artropod terdiri daripada lebih tiga

suku daripada kesemua jenis haiwan yang berbeza

jenis. Serangga membentuk kelas artropod yang

terbesar dari segi bilangan spesiesnya.

UMUM 
KORDAT

Kordat ialah nama bagi filum (kumpulan) besar

haiwan darat, laut, dan air tawar.

UMUM 
ORDER

Order ialah unit pengelasan saintifik. Organisma

dibahagikan kepada tujuh kumpulan utama yang

dinamakan alam, filum, kelas, order, famili, genus,

dan spesies. Anggota sesuatu order berkaitan lebih

rapat daripada anggota sesuatu kelas.

Bagaimanapun, anggota order tidak berkaitan

terlalu rapat sebagaimana anggota famili.

Lihat juga Pengelasan saintifik ( jadual).

UMUM 
PROTOZOA

Protozoa ialah organisma bersel tunggal yang

mungkin mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan

atau haiwan. Ahli-ahli sains biasanya mengelaskan

protozoa sebagai haiwan dan meletakkannya

dalam filum Protozoa. Bagaimanapun, kini, ramai

ahli sains tidak mengelompokkan protozoa sebagai

haiwan atau tumbuhan. Mereka meletakkan

protozoa bersama lain-lain organisma ringkas

dalam alam Protista. Kajian tentang protozoa

dikenali sebagai protozoologi.

UMUM 
OBOR-OBOR

Obor-obor, haiwan yang tergolong dalam filum Cnidaria. Obor-obor mempunyai bentuk badan yang simetri dan terkhusus.

BIOLOGIFlora dan Fauna
ECHINODERMATA

Echinodermata ialah filum sekumpulan haiwan marin yang mempunyai kulit yang berduri.

BIOLOGIMakhluk
KNIDARIA

Knidaria ialah nama sekumpulan haiwan air

berbadan lembut. Kumpulan ini termasuk hidra air

tawar, hidroid, ubur-ubur, akar bahar, buran laut,

dan karang. Haiwan ini membentuk filum (kumpulan

besar) yang dinamakan Knidaria.

UMUM 

Kembali ke atas