Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.ra.sat] | فراسة

Definisi : 1. = ilmu ~ pengetahuan mengenai tanda-tanda pd muka (badan dll) utk mengetahui kelakuan atau nasib orang: maka diketahui oleh sultan dgn ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja; 2. perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu sesudah melihat tanda tertentu: saya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat kemalangan; 3. tanda-tanda pd muka (badan dll) yg dapat menggambarkan kelakuan orang: menurut ~nya, ia orang yg tinggi hati; berfirasat 1. berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: aku ~ bahawa dia akan dikenakan oleh ibu mentuanya; 2. meramal atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: kawan pasangannya harus pandai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.ra.sat] | فراسة

Definisi : 1 keadaan tubuh atau tanda-tanda pd muka, badan dll yg dianggap ada hubungannya dgn kelakuan seseorang: ilmu ~ pengetahuan ttg tanda-tanda pd muka (badan dll) yg akan menunjukkan atau menggambarkan kelakuan orang itu. 2 sesuatu yg dirasakan atau diketahui sebelum terjadi sesuatu peristiwa. berfirasat 1 berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda(-tanda) yg ada. 2 meramalkan atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda(-tanda) yg ada: Beliau ~ bahawa mereka akan mendapat keuntungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata firasat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
augury and divinationalamat dan firasatSejarahTiadaSesuatu yang merupakan tanda, telahan atau ramalan yang dialami oleh tokoh-tokoh terkenal dan dijadikan satu cacatan sejarah dalam penulisan biografi mereka.
intuitive decision makingpembuatan keputusan gerak hatiPengurusanPerancanganProses pembuatan keputusan yang dibuat berdasarkan firasat, yang disokong oleh pengalaman dan pertimbangan lepas kerana maklumat yang diperlukan adalah terhad. Lazimnya, pembuatan keputusan gerak hati berlaku bagi situasi atau keadaan yang hampir tidak pernah dialami yang menyebabkan tiada rujukan boleh dibuat bagi membuat keputusan. Contohnya, dalam membuat jangkaan prospek harga saham, harga adalah tertakluk pada faktor-faktor persekitaran yang kerap berubah dan tidak dapat diduga secara jelas, maka keputusan gerak hati sesuai digunakan. Lihat juga pembuatan keputusan tidak berstruktur.
horror storycerita seramKesusasteraanTiadaCerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis �neraka�. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria.

Kembali ke atas