Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fir.daus] | فردوس

Definisi : 1. syurga kedua; 2. taman kesenangan (tempat Adam dan Hawa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fir.daus] | فردوس

Definisi : 1 syurga yg pertama. 2 taman kesenangan (tempat Adam dan Hawa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata firdaus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohamad Firdaus Ismail FRI 23:07 Mohamad Firdaus Ismail Mohamad Firdaus Salam. Sekadar makluman. Buku yang dibeli dari koperasi pihak tuan sudah 2 minggu tidak sampai-sampai.Tuan boleh menghubungi koperasi melalui talian 03-21455501untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain14.10.2016
Firdaus Syah SEL 5.36 PAGI Salam, cuma mahu bertanya, Bahasa Melayu ni memang kolot dan teruk sangat ke sebab hampir semua perkataan datang atau pinjam daripada bahasa inggeris. Macam tak ada kualiti orang cakap. kalau sesetengah perkataan tak ada maksud dalam bahasa melayu. Memang faham la boleh pinjam. Sekarang macam semua guna bahasa inggeris yang ditukar. Kawan dari Kaum lain tanya kenapa bahasa melayu banyak bahasa inggeris?Mana yang Melayu? Susah jawab. Jadi saya harap DBP pantau dan tegurla media massa/ cetak atau mana2 yang guna bahasa melayu dengan salah. saya pun bukan arif sangat bahasa melayu, cuma kesian tengok bahasa sendiri pun dah hilang identiti.Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan). Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab. Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini. Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu.Lain-lain30.05.2017
Selamat petang, Apakah ejaan yang lebih tepat? 1. Surah Ghafir atau surah Ghafir 2. Syurga Firdaus atau syurga Firdaus 3. Neraka Jahanam atau neraka Jahanam Sekian, terima kasih.
Kata umum  seperti surah, syurga dan neraka dalam penulisan umumnya dieja dengan huruf kecil.  Hanya nama-nama surah, syurga dan neraka yang perlu dieja dengan huruf besar, contohnya, surah Ghafir, surga Firdaus dan neraka Jahanam.  
Ejaan30.05.2021
Sekiranya saya ingin menulis nama dengan gelaran Dato' Ir. Ts. Ahmad Firdaus bin Kamarazaman dalam huruf besar, bagaimanakah cara yang betul. Adakah DATO' Dr. Ir. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN atau DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN? Gelaran Dr. dan Ir. tersebut dalam huruf besar atau huruf kecil?Penggunaan yang betul ialah YBHG. DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN.Lain-lain11.11.2022
M Firdaus Harun Sep 7th, 7:59pm Assalamuaikum. Laman sesawang DBP tidak dapat diakses termasuklah Gerbang Kata dan PRPM. Harap maklum.Kami mohon maaf atas kesukaran yang tuan/puan hadapi. Walau bagaimanapun, kini laman web kami boleh dilayari seperti biasa.Lain-lain07.09.2015
Muhammad Firdaus Norzamal Jul 25th, 9:50am bagaimana tuan.adakah apa apa aktiviti puisi di DBPDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jul 25th, 5:06pm Tuan boleh menjadikan facebook DBP dan laman sesawang DBP sebagai tempat rujukan untuk semua aktiviti DBP. Moga ia membantu. Terima kasih.Lain-lain25.07.2014
Muhammad Firdaus Norzamal Jul 22nd, 6:40pm nak tanye pasal kamus dewan bole?Assalamualaikum Encik Muhammad, Boleh. Silalah bertanya.Lain-lain22.07.2014
Minta maaf, mohon abaikan pertanyaan saya sebelum ini kerana terdapat sedikit pembetulan. Pertanyaan saya seperti berikut: Sekiranya saya ingin menulis nama dengan gelaran YBhg. Dato' Dr. Ir. Ahmad Firdaus bin Kamarazaman dalam huruf besar, bagaimanakah cara yang betul. Adakah YBhg. DATO' Dr. Ir. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN atau YBHG. DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN? Sapaan YBhg. dan gelaran Dr. dan Ir. tersebut dalam huruf besar atau huruf kecil?Penggunaan yang betul ialah YBHG. DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN.Lain-lain11.11.2022
Penggunaan mengapung-apung atau melayang-melayang yang betul dalam soalan ini. Layang-layang Firdaus _______________ di udara apabila ditiup angin.Penggunaan yang betul ialah Layang-layang Firdaus melayang-layang di udara apabila ditiup angin.Lain-lain18.06.2021
salam, Tuan/Puan, adakah ayat berikut adalah betul? perkataan "sedang" dan "hendak" boleh wujud bersama-sama? Terima kasih atas penjelasan~ 1)Encik Firdaus sedang hendak pergi ke pejabat. 2)Banjir itu jua telah memusnahkan enam buah rumah.1. Encik Firdaus hendak pergi ke pejabat. 2. Banjir itu juga telah memusnahkan enam buah rumah.Tatabahasa26.08.2013
12

Kembali ke atas