Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fir.ma] | فيرما

Definisi : syarikat perniagaan atau perusahaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fir.ma] | فيرما

Definisi : badan perniagaan; syarikat perniagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata firma


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FIRMA

Firma, institusi perniagaan yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan.

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
GUNA TENAGA

Guna tenaga   ialah penggunaan sumber-sumber ekonomi, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha, oleh firma-firma dalam kegiatan pengeluaran barang dan perkhidmatan.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
XEROX CORPORATION

Xerox Corporation ialah firma Amerika

Syarikat yang terkemuka, dan salah sebuah

pertubuhan industri yang terbesar di dunia.

Firma ini menghasilkan mesin penyalin

automatik yang pertama dalam membuat salinan

kering daripada bahan bercetak atau bahan

bertulis di atas kertas biasa.

UMUM 
SYARIKAT KEWANGAN

Syarikat kewangan ialah firma yang

meminjamkan wang kepada orang yang berjanji

untuk membayar balik pinjaman itu berserta faedah

dalam tempoh yang tertentu. Peminjam mungkin

diperlukan memberi jaminan bahawa mereka akan

membayar pinjaman itu, seperti lien bagi gaji

mereka atau milik peribadi (lihat Lien).

UMUM 
ROTHSCHILD

Rothschild ialah nama keluarga Jerman yang

menubuhkan firma perbankan yang terkenal pada

akhir tahun 1700-an. Keluarga tersebut membuka

beberapa buah bank di beberapa buah negara

Eropah pada tahun 1800-an, dan syarikat itu

terkenal dengan nama House of Rothschild.

Keluarga tersebut juga terkenal dalam bidang

industri, politik, kedermawanan, dan sains.

UMUM 
SURAT KREDIT

Surat kredit dikeluarkan oleh sesebuah bank,

mengizinkan seseorang individu, firma perniagaan

atau pihak tertentu untuk mengeluarkan sejumlah

wang yang dinyatakan atas nama bank berkenaan.

Surat ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat

untuk membiayai pergerakan barangan antara

negara-negara. Ia juga digunakan oleh para

pengembara.

UMUM 
AMANAH SAHAM

Amanah saham ialah syarikat pelaburan atau

gabungan firma yang mengumpul wang para

pelabur dan menggunakan wang itu untuk

membeli saham atau sebarang jenis sekuriti lain.

Sebagai ganti kepada wang, para pelabur

menerima saham. Saham daripada syarikat ini

dikenali sebagai saham amanah.

UMUM 
PERSATUAN PERDAGANGAN

Persatuan perdagangan ialah sebuah

organisasi yang bukan bermatlamatkan

keuntungan dan mewakili sekumpulan firma

perniagaan. Syarikat perniagaan menyertai

kesatuan masing-masing secara sukarela dan

menguruskannya secara bekerjasama. Syarikat di

dalam sebuah kesatuan perdagangan akan

bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat

yang tidak dapat dilakukan secara bersendirian.

UMUM 
KRUPP

Krupp ialah nama satu keluarga usahawan Jerman

yang terkenal. Firma Krupp berkembang menjadi

salah satu industri yang terbesar di dunia dalam

mengeluarkan senjata, keluli, dan jentera.

UMUM 
MARKS AND SPENCER

Marks and Spencer ialah syarikat peruncit

Inggeris yang besar yang mengendalikan satu

rangkaian gedung serbaneka. Firma ini terkenal

kerana menjual barangan berkualiti tinggi dengan

harga yang murah.

UMUM 
123

Kembali ke atas