Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fir.man] | فرمان

Definisi : amaran, kata perintah (terutamanya Tuhan): ~ Allah kita ingatkan; berfirman bersabda, bertitah memberi amaran: Tuhan telah ~ “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan.”; difirmankan diberi amaran, disabdakan, dititahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fir.man] | فرمان

Definisi : kata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata firman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
firman (Middle Eastern King)titah-perintah (Raja Timur Tengah)SejarahTiadaTiada
usl?b ?l-??k?musl?b ?l-??k?mKesusasteraanTiadaJawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud �cara pengolahan oleh si bijaksana�. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?�.

Kembali ke atas