Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.sio.lo.gi] | فيسولوݢي

Definisi : 1. cabang ilmu sains bkn fungsi organisma; 2. proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian drpd sesuatu organisma: perlu juga disebutkan tentang kajian beliau berkenaan dgn ~ mata dan masalah pelihatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.sio.lo.gi] | فيسولوݢي

Definisi : ist kajian ttg fungsi organisma dan bahagian-bahagiannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fisiologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
physiological salinesalin fisiologiBiologiFisiologiLarutan isotonik natrium klorida untuk memelihara sel hidup buat sementara waktu.
traumatraumaBiologiFisiologiKegiatan fisiologi dan psikologi yang biasanya sukar dilupakan atau yang boleh memberikan kesan jangka panjang kepada seseorang.
presbyopiapresbiopiaBiologiFisiologiPerubahan fisiologi penyesuaian mata ketika usia menjangkau tua, yang biasa bermula apabila titik dekat penglihatan melebihi 22 cm (9 inci). Keadaan ini berlaku kerana kehilangan kekenyalan kanta mata.
photoperiodismfotoperiodismeBiologiFisiologiGerak balas fisiologi dan kelakuan yang berlaku pada organisma apabila terdedah kepada perubahan jangka masa cahaya siang dan kegelapan dalam suatu kala 24 jam.
neuropsychologyneuropsikologiPsikologiPsikologi UmumCabang ilmu psikologi yang membicarakan tentang aktiviti saraf dalam tingkah laku individu. Bidang ini mempunyai kaitan dengan bidang psikologi lain seperti psikologi biologi, psikologi fisiologi atau fisiologi tingkah laku. Antara aspek yang dilihat ialah ciri-ciri saraf dan aktivitinya dalam penghantaran maklumat saraf untuk mengendalikan tingkah laku terutama sekali yang melibatkan kemandirian manusia dan haiwan. Ahli neuropsikologi mengkaji otak dan sistem saraf lain untuk memahami secara mendalam fenomena psikologi seperti kesedaran, persepsi, memori, emosi, kecelaruan mental dan identiti diri.
acclimationaklimasiBiologiEkologiPenyesuaian fisiologi dan lakuan sesuatu organisma terhadap perubahan sekitaran. Misalnya, tumbuhan atau haiwan mengalami penyesuaian secara fisiologi terhadap perubahan, terutamanya iklim, dan pendaki gunung apabila mendaki gunung akan mengalami penyesuaian secara fisiologi terhadap ketinggian, tekanan yuang rendah dan kandungan oksigen yang rendah dalam udara di kawasan atas gunung, sinonim aklimatisasi.
physiologic disorderrancu fisiologiBiologiPatologiRancu terhadap fisiologi perumah, misalnya gangguan terhadap respirasi, ambil-naik unsur dan lain-lain lagi.
physiological ageumur fisiologiGerontologiTiadaUmur yang ditentukan berdasarkan tahap fisiologi individu.
physiological isolationpemencilan fisiologiBiologiEkologiHalangan berlakunya persenyawaan akibat perbezaan fisiologi pada alat kopulasi. Misalnya, pada Drosophila, selepas kopulasi dengan spesies yang sama, persenyawaan akan berlaku. Tetapi jika kopulasi terjadi dengan spesies yang berlainan, persenyawaan tidak akan berlaku.
active resistanceketahanan aktifBiologiPatologiKetahanan yang disebabkan oleh gerak balas perumah secara aktif terhadap serangan patogen atau metabolitnya. Biasanya ia berupa tindak balas kimia atau fisiologi. lih. ketahanan fisiologi, ketahanan benar. bd. ketahanan pasif.
12345678910...

Kembali ke atas