Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fis.kal] | فيسکل

Definisi : 1. pegawai kehakiman (lebih rendah drpd jaksa); 2. bkn kewangan atau hasil pendapatan kerajaan (spt cukai dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fiskal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualakum. Boleh tak tolong jelaskan maksud 'dasar fiskal'?TQDasar fiskal ialah dasar atau peraturan yang berkenaan dengan cukai yang dikenakan oleh sesebuah kerajaan.Makna21.03.2007
Saya ingin menulis tajuk bagi satu jadual seperti berikut: Dasar Fiskal Di bawah Kadar Tukaran Tetap Betulkah perkataan "Di bawah" dieja sedemikian? Terima kasih.Dasar Fiskal di Bawah Kadar Tukaran Tetap - di Bawah dieja dalam dua perkataan dan kata sendinya (di) huruf kecil. Tatabahasa28.01.2011
Adakah terdapat terjemahan untuk frasa "fiscal cliff"? Frasa ini merujuk kepada keadaan fiskal di Amerika pada awal tahun ini. Terima kasih.Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "fiscal cliff".  Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah jurang fiskal.Istilah02.10.2013
selamat tengah hari.saya nak tanya maksud bagi; 1.dasar 2.fiskal 3.kaitan kedua-duanya terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dasar bermaksud bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll), manakala fiskal pula ialah 1. pegawai kehakiman (lebih rendah drpd jaksa); 2. bkn kewangan atau hasil pendapatan kerajaan (spt cukai dll).  Walau bagaimanapun, padanan bagi perkataan dasar fiskal ialah dasar belanjawan, dasar kewangan.

Lain-lain16.03.2010
Selamat malam.Apakah maksud dasar dan analisis fiskal?tq

Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan yang terperinci.  Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk mendapatkan maklumat tersebut. 

Lain-lain05.03.2010
Mohon bantuan untuk memberi istilah Bahasa Malaysia bagi istilah Bahasa Inggeris "fiscal impulse".Padanan "fiscal impulse" dalam bahasa Melayu ialah "dorongan fiskal".Istilah08.06.2009

Kembali ke atas