Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[fit.nah] | فتنه

Definisi : tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai kerana ~ orang; memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg ~ dan memburukkan kerajaan; fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda; pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah; pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fit.nah] | فتنه

Definisi : tuduhan jahat yg sengaja dibuat utk memburuk-burukkan seseorang: Tuduhan itu ~ semata-mata. memfitnah membuat fitnah; memburuk-burukkan nama orang dsb; menuduh (kerana tujuan jahat): Dia mencuba ~ aku, supaya aku ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fitnah

Puisi
 
Kain ini carik di tengah,
     Mari dijahit budak hulu;
Tengah berkasih datang fitnah,
     Baik kita berhenti dahulu.

Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Rumah tinggal sarang hantu,
     orang bujang sarang fitnah.

Bermaksud :

Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
calumniousadj /bersifat, berupa/ fitnah, fitnah(an).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
defamationn fitnah: ~ of character, fitnah ttg peribadi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
defamatoryadj fitnah: a ~ statement, pernyataan fitnah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
libellousadj mengandungi /fitnah bertulis, libel/: many ~ statements about me, banyak kenyataan yg mengandungi fitnah bertulis ttg saya; ~ articles, makalah yg mengandungi libel.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

slanderous adj bersifat fitnah; (leg.) bersifat slander: he was drunk and made ~ allegations against his boss, dia mabuk dan membuat tuduhan yg bersifat fitnah thdp bosnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slander 2. defamation by means of this, membuat fitnah: he said he would sue his ex-partner for ~, katanya dia akan mendakwa bekas rakan kongsinya krn membuat fitnah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slander n 1. untrue, disparaging spoken statement about a person, fitnah; (leg.) slander: the story is nothing but a vicious ~, cerita itu hanyalah fitnah yg kejam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
libeln (leg.) libel, fitnah bertulis: he sued the magazine for ~, dia menyaman majalah itu atas tuduhan libel; he claimed that the cartoon was a ~, dia mendakwa bahawa kartun itu adalah suatu libel; be a ~ on, (colloq) any unflattering statement, portrait, sst yg /memburuk-burukkan, menghina/: the photograph does you no justice in fact it’s a ~ on you, gambar ini sst yg tdk adil malah merupakan sst yg memburuk-burukkan kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

12

Kembali ke atas