Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fit.nah] | فتنه

Definisi : tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai kerana ~ orang; memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg ~ dan memburukkan kerajaan; fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda; pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah; pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fit.nah] | فتنه

Definisi : tuduhan jahat yg sengaja dibuat utk memburuk-burukkan seseorang: Tuduhan itu ~ semata-mata. memfitnah membuat fitnah; memburuk-burukkan nama orang dsb; menuduh (kerana tujuan jahat): Dia mencuba ~ aku, supaya aku ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fitnah

Puisi
 

Kain ini carik di tengah,
     Mari dijahit budak hulu;
Tengah berkasih datang fitnah,
     Baik kita berhenti dahulu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Rumah tinggal sarang hantu,
     orang bujang sarang fitnah.

Bermaksud :

Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh saya tahu perkataan "fitnah" berasal dari mana ya? saya ingin jadikan rujukan..

Salam sejahtera,

Perkataan fitnah berasal daripada Bahasa Arab, namun setelah dimelayukan, perkataan tersebut tidak lagi menepati makna asalnya.

Lain-lain16.11.2012
Apakah tajuk karangan sesuai digunakan pantun ini. Alam Pura Raja Mahkota,Pergi berperang ke Basanah,Ingat-ingat mengeluarkan kata,Zaman sekarang banyak fitnah.Contoh pantun di bawah ialah pantun nasihat. 
Alam Pura Raja Mahkota;
Pergi berperang ke Basanah;
Ingat-ingat mengeluarkan kata;
Zaman sekarang banyak fitnah.
Sastera05.01.2021
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona'

Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah.

mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian:

Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Makna03.07.2009
Anggun's Literature SEL 2.50 PTG Apa pula maksudnya kalau diasingkan baris demi baris. Contohnya, maksud 'Kelip-kelip kusangka api' Adakah membawa maksud fitnah?“Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya” ialah pembayang maksud pantun. “Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya” pula ialah maksud sebenar yang hendak disampaikan. Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.Lain-lain06.06.2017
Assalamualaikum. saya ingin bertanya tentang penggunaan bahasa indonesia dalam karangan bahasa melayu samada dalam artikel, rencana, cerpen dan sebagainya. Adakah penggunaan bahasa indonesia yang tidak/belum menjadi bahasa melayu rasmi dibenarkan? Contoh. Perkataan "hujat". Sekadar pencarian sepintas lalu, perkataan ini tiada dalam bahasa melayu. Dalam bahasa indonesia ia membawa maksud "cela, fitnah" Terima kasih atas maklum balas pihak tuan.

Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu (Malaysia) tidaklah persis seratus peratus. Ada perkataan mempunyai makna yang sama sekali berbeza, sebagai contoh perkataan kapan, dalam bahasa Indonesia bermaksud bila, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) bermaksud kain yang membalut mayat. Begitu juga dengan perkataan butuh, dalam bahasa Indonesia bermaksud perlu, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) berkenaan kemaluan lelaki. Sudah semestinya kata butuh di negara kita tidak diungkapkan secara terbuka lebih-lebih lagi dalam penulisan. Ditambah-tambah lagi dengan perkataan yang belum wujud dan diiktiraf dalam Kamus DBP. Oleh itu, penggunaan bahasa Indonesia tidak digalakkan, kepentingan mengetahui makna adalah sangat penting bagi mengikut kesesuaian dan keperluan, ini bertujuan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.

Lain-lain08.06.2017
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Salam, Sila menerangkan apakah maksud "Kaduk naik junjung" dan menerangkan sama ada peribahasa tersebut boleh bermakna i. seorang yang keji atau dibenci yang lupa akan tempatnya di dalam masyarakat dan telah menjadi sombong setelah memegang jawatan awam; ii. seorang individu yang sombong dan bongkak setelah dilantik atau dinaikkan kepada jawatan yang penting Adakah peribahasa ini boleh digunakan dalam konteks fitnah (defamation)?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menakrifkan peribahasa "kaduk naik junjung" sebagai orang hina merasa dirinya mulia.Tatabahasa22.09.2014
Assalamualaikum 1. Mengapa perkataan yang bermula dengan huruf konsonan f digugurkan apabila menerima imbuhan meN seperti faham menjadi memahami dan fikir menjadi memikirkan dan mengapakah konsonan ini tidak tergolong dalam kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s yang digugurkan.Dalam buku Tatabahasa Dewan, contoh berkenaan diterangkan di bawah tajuk Bentuk Awalan meN- tanpa menjelaskan alasan rumus tersebut ditetapkan sedemikian. Berdasarkan huraian dalam buku Tatabahasa Dewan bentuk tersebut terpakai bagi kata jati Melayu dan kata yang telah lama diserap masuk dan diterima sebagai kata Melayu. Contohnya faham, berubah menjadi memahami tetapi tidak bagi perkataan fitnah yang berubah menjadi memfitnah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 152.Tatabahasa30.04.2013
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih.Salam sejahtera,
Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan.
Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini,  penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu  tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya.
Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis.
Lain-lain08.01.2012
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah.Tuan,

Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna06.07.2017
12

Kembali ke atas