Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.to.ki.mia] | فيتوکيميا

Definisi : cabang kimia yg berkaitan dgn tumbuhan-tumbuhan, termasuklah komposisi dan proses kimianya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fitokimia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phytochemistryfitokimiaHerbaFitokimiaCabang bidang pengajian kimia yang berkaitan dengan pemakanan dan metabolisme tumbuhan dan juga sebatian kimia yang terhasil daripadanya. Bidang pengajian ini meneliti proses perubahan kimia yang berlaku dalam sel tumbuhan bermula daripada fotosintesis hingga kepada penghasilan sebatian metabolit sekunder.
phytochemistry classkelas fitokimiaHerbaFitokimiaPengumpulan sebatian kimia yang terbit daripada tumbuh-tumbuhan berasaskan struktur kimianya. Contohnya, alkaloid-akridon bermaksud kumpulan alkaloid yang mempunyai struktur akridon sebagai struktur asasnya seperti dihidroksi rutakridon dan 1,3-dihidroksi-N-metilakridon.
phytoestrogenfitoestrogenHerbaFitokimiaSebatian fitokimia bukan steroid yang memberi kesan serupa dengan hormon estrogen yang terdapat dalam badan manusia. Hormon estrogen mencegah pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kanser payu dara, Alzheimer, dan melawan beberapa kesan sampingan menopaus. Contohnya, sebatian isoflavonoid seperti daidzein dan genistein yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan seperti kacang soya. Lihat juga isoflavon.
precursorprekursorHerbaFitokimiaSebatian huluan dalam proses pembentukan sebatian fitokimia. Beberapa siri transformasi kimia kadangkala berlaku ke atas sebatian huluan ini dengan melibatkan perubahan bentuk, perpecahan, penggabungan dengan molekul atau atom lain untuk membentuk sebatian hiliran. Siri ini dikenali juga sebagai laluan yang disusun oleh kumpulan enzim tertentu.
phytochemical compoundsebatian fitokimiaHerbaTiadaSebatian tulen kimia yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan dan diasingkan melalui proses pengekstrakan, penyulingan, pemfraksian, penghabluran dan lain-lain. Kelas utama sebatian fitokimia ialah alkaloid, terpena, fenolik, flavanoid, glikosida, protein, lemak dan karbohidrat. Sebatian ini sangat berguna dalam bidang perubatan, pemakanan dan kosmetik.
phytochemistryfitokimiaKimiaTiadaTiada
phytochemistryfitokimiaVeterinarTiadaTiada
phytochemistryfitokimiaPerubatanTiadaTiada
phytochemicalfitokimiaGerontologiTiadaSebatian kimia dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri penggalak kesihatan.
phytochemicalfitokimiaMakanan dan PemakananPemakananCabang bidang pengajian kimia yang berkaitan dengan pemakanan dan metabolisme tumbuhan serta sebatian kimia yang terhasil daripadanya. Bidang pengajian ini meneliti proses perubahan kimia yang berlaku dalam sel tumbuhan bermula daripada proses fotosintesis sehingga penghasilan sebatian metabolit sekunder.
12345678910...

Kembali ke atas