Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fitrah I =


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
FITRAH PENGANTIN ENTERPRISEUntuk pengesahan iklan, sila klik portal www.dbpsahbahasa.my melalui carian Google (Chrome).Penyemakan dan penterjemahan05.06.2017
1. bagaimana menulis perkataan muamalat? atau perkataan yang berasal daripada bahasa arab? adakah perlu tulis secara normal atau secara meningiring (italic)? 2. dalam penulisan ilmiah, apakah perkataan yang perlu ditulis secara 'italic'?Perkataan muamalat dan perkataan-perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dan telah diterima pakai dalam bahasa Melayu ditulis secara normal tanpa perlu dicondongkan seperti contoh fitrah, haul dan sebagainya. 2. Dalam penulisan ilmiah, antara perkataan yang perlu dicondongkan termasuklah istilah-istilah tertentu dalam bidang berkaitan yang tidak mempunyai padanan istilah dalam bahasa Melayu. Selain itu, perkataan daripada bahasa Inggeris juga perlu dicondongkan. Walau bagaimanapun, penentuan perkataan yang perlu dicondongkan atau tidak, bergantung juga pada gaya penerbitan sesebuah penerbit.  Lain-lain21.02.2018
Lebaran diertikan Kamus Dewan Perdana hanya untuk Hari Raya Puasa. Kamus Dewan Ke-4 menyertakan Lebaran untuk Hari Raya Haji juga. Adakah Lebaran hanya untuk 1 Syawal?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana maksud lebaran ialah hari yang dimuliakan dan dirayakan oleh umat Islam pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah, setelah selesai berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan, dan diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah. Kata lainnya Aidilfitri, Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri.

Jika Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha disebut Lebaran Besar atau Lebaran Haji di Indonesia.
Makna05.04.2024

Kembali ke atas