Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fius] | فيوس

Definisi : 1. peranti utk menyekat arus elektrik yg mengalir melalui sesuatu litar apabila arus melebihi nilai tertentu; 2. peranti mekanikal atau elektronik utk mencetuskan sesuatu letupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fius] | فيوس

Definisi : 1 tiub, sumbu dll yg membawa arus elektrik atau api utk mencetuskan sesuatu, spt bom. 2 alat penyelamat yg terdiri drpd wayar dsb yg rendah suhu leburnya (digunakan dlm litar elektrik). ~ kartus ist fius elektrik yg berbentuk spt tiub dan di dlmnya diisi bahan atau unsur yg mudah lebur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fius


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

 
Berikut ayat yang telah dipinda.

1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

Tatabahasa19.07.2013

Kembali ke atas