Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fius] | فيوس

Definisi : 1. peranti utk menyekat arus elektrik yg mengalir melalui sesuatu litar apabila arus melebihi nilai tertentu; 2. peranti mekanikal atau elektronik utk mencetuskan sesuatu letupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fius] | فيوس

Definisi : 1 tiub, sumbu dll yg membawa arus elektrik atau api utk mencetuskan sesuatu, spt bom. 2 alat penyelamat yg terdiri drpd wayar dsb yg rendah suhu leburnya (digunakan dlm litar elektrik). ~ kartus ist fius elektrik yg berbentuk spt tiub dan di dlmnya diisi bahan atau unsur yg mudah lebur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fius


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fuse plugpalam fiusTeknikElektrikFius berbentuk bolt yang dipasangkan secara skru pada blok fius. Fius ini lazimnya digunakan di panel kawalan dan panel bekalan untuk uji kaji elektronik. Sentuhan fius ini dipaut pada hujung dan tepi jasad palam. Sekarang fius ini boleh ditukar ganti dengan fius kartrij.
cartridge fusefius kartrijTeknikElektrikFius yang dibuat daripada seramik, kaca, atau tembikar yang tertutup di dalam tiub penebat yang dapat memerangkap arka atau wap fius apabila fius itu lebur. Fius ini mempunyai faktor melakur yang jauh lebih rendah daripada fius dawai semula, iaitu 1.25 hingga 2.4.
rewirable fiusfius dawai semulaSosiologiTiadaFius yang boleh digantikan dengan dawai pelakur.
car fusefius keretaTeknikElektrikFius kecil yang digunakan untuk melindungi penjana, lampu, dan perkakasan elektrik dalam kereta atau kenderaan lain. Fius ini biasanya mempunyai penunjuk, atau badannya lut sinar agar mudah dikenal pasti sama ada fius ini masih baik atau tidak. Jenis fius yang biasa digunakan termasuk fius kartrij dan fius dawai semula. Fius kereta ini biasanya dipasang pada satu tempat khas untuk kemudahan pemeriksaan.
fuse wayhala fiusTeknikElektrikFius bersama pautan neutral untuk litar akhir. Fius ini dipasang dalam papan fius. Bilangan hala fius akan menentukan bilangan litar akhir yang boleh dibekalkan dalam sesebuah pemasangan.
fuse carrierpembawa fiusTeknikElektrikTempat dawai fius atau fius kartrij dipasang. Pembawa ini boleh ditanggalkan dari tapaknya untuk kemudahan senggaraan atau untuk ke selatan semasa kerja-kerja pembaikan kerosakan sesuatu litar dijalankan.
fuse wiredawai fiusTeknikElektrikDawai yang sesuai untuk dijadikan unsur fius. Dawai fius biasanya dibuat daripada timah, tembaga, tembaga bersalut timah atau aloi timah dan plumbum.
rewirable fiusfius dawai semulaKejuruteraanTiadaTiada
fuse ratingkadaran fiusTeknikElektrikHad arus maksimum yang mampu dibawa oleh fius atau pautan fius berterusan tanpa melebur. Kadarannya ditentukan oleh jenis bahan dan saiz dawai. Kadaran arus yang biasa bagi fius ini ialah 1 mA, 1 A, 2 A, 5 A, 10 A, 15 A, 25 A, dan 30 A.
fusefiusTeknikElektrikPeranti keselamatan litar yang terdiri daripada dawai halus mudah lebur yang akan memutuskan litar dengan melakurkan dawai tersebut apabila arus yang mengalir melaluinya melebihi kadar yang ditetapkan. Peranti ini disambungkan sesiri dengan litar yang dilindunginya. Fius terdiri daripada pelbagai jenis; antaranya fius kartrij, fius boleh dibaharui, dan fius upayaan putus tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas