Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata flat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Bolehkah saya tahu padanan yang sesuai bagi istilah flat-packed building. Terima kasih.Untuk makluman tuan, istilah "flat-packed building" tiada dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun,  padanan yang paling hampir dan sesuai dengan konsep   istilah "flat-packed building" ialah binaan pasang siap.Istilah04.11.2013
'flat sandals' sesuaikah diterjemahkan menjadi 'sandal leper'?"Flat sandals" sesuai diterjemahkan sebagai "sandal leper".Istilah10.04.2022
mana lebih tepat. Flat atau flet1. Flat: sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah).
2. Flet: Tanda kromat untuk not muzik dalam sistem skala.
Ejaan04.04.2017
contoh ayat : suatu pameran dan ceramah antidadah telah _____ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Mana satu jawapan yang betul : (a)diadakan (b) dianjurkan Apakah perbezaannya?Suatu pameran dan ceramah antidadah telah ____dianjurkan_ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai.
 

Perkatan yang lebih tepat ialah dianjurkan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah " Suatu pameran dan ceramah antidadah telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Flat Damai dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan.


Diadakan bermaksud dijadikan ada manakala dianjurkan bermaksud mengemukakan sesuatu.

Tatabahasa31.05.2013
KESAN KEKASARAN PERMUKAAN KE ATAS LAPISAN SEMPADAN PADA PLAT RATA. SOALAN SAYA : Adakah perkataan ke atas itu perlu dijarakkan atau tidak dan ejaan "plat rata" dari perkataan inggeris " Flat plate". Terima kasih.

Ayat yang betul - Kesan kekasaran permukaan pada lapisan sempadan plat rata. Padanan flat plate dalam bahasa Melayu ialah plat rata.

Tatabahasa15.06.2009
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan bahasa melayu yang sesuai bagi perkataan di bawah? 1) Canvas Bag 2) Goodie Bag 3) Document Holder 4) Ring File 5) Flat file 6) Report Card Holder Terima KasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1) Canvas Bag - Beg Kanvas
2) Goodie Bag - Beg Cenderamata
3) Document Holder - Pemegang Dokumen/Bekas Dokumen/Fail Dokumen
4) Ring File - Fail Gelang
5) Flat File - Fail Rata
6) Report Card Holder - Pemegang Kad Laporan/Bekas Kad Laporan/Fail Kad Laporan
Istilah23.12.2016
Saya perlu tahu terma berikut di dalam Bahasa Malaysia: 1) Hot rod 2) Flat(merujuk pada lapangan tasik bergaram yang telah menyejat) 3) roadster 3) belly tanker 4) lakester Terima kasih.Untuk makluman Saudara, berdasarkan semakan kami pada masa kini tiada istilah khusus bagi terma tersebut. Pihak Saudara boleh mengejanya secara miring (italic).Penyemakan dan penterjemahan02.11.2015
Adakah terjemahan struktur ayat berikut tepat dan apa terjemahannya yang sesuai? > Torpedo is a genus of a large rays, a flat cartilaginous fishes in the family Torpedinidae, the electric ray. > Torpedo ialah genus pari besar, ikan berawan leper dalam keluarga Torpedinidae, iaitu pari karan.Struktur ayat dalam bahasa Melayu dibetulkan kepada: Torpedo ialah genus pari besar yang mempunyai rawan leper. Terpode atau pari elektrik merupakan keluarga Torpedinidae.Tatabahasa26.10.2023
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "curling" yang merujuk kepada a game played on ice, especially in Scotland and Canada, in which large, round, flat stones are slid across the surface toward a mark. Members of a team use brooms to sweep the surface of the ice in the path of the stone to control its speed and direction. Terima kasihBerdasarkan carian data kami, belum ada padanan bahasa Melayu bagi perkataan curling. Kami akan mengemukakan istilah tersebut dalam Jawatankuasa Istilah Semasa bagi mendapatkan padanan yang sesuai. Tuan bolehlah menggunakan perkataan tersebut dengan meletakkan tanda petik seperti "curling" atau ditulis dengan tulisan italik dalam teks berbahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2017
Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. Weight Stacks Pro Style Dumbbells Hex Style Dumbbells Tricep Bar EZ Curl Bar Flat Bench Hyper Extension Bench Preacher Bench Arm Blaster Abdominal Bench Leg Press Machine Hack Squat Machine Leg Curl Machine Chin Up /Dipping Bars Squat Rack Leg Abduction Machine Lat Pull Down Machine Pec Deck Machine Treadmills Elliptical Trainers Adaptive Motion Trainers Stepmills Stationary Rowers Chest Press Machine TRX Suspension Training Incline Barbell Bench Press Supine Pec Flys Depth Push-Ups Decline Push-Ups Smith Machine Bench Press Machine Vertical Chest Press Standing Hammer Curl Preacher Curl Machine Standing Barbell Pronated Bicep CurlKami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan30.07.2015
12

Kembali ke atas