Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[flék.si] | فليکسي

Definisi : (fléksi) (Lin) 1. perubahan bentuk kata mengikut perbezaan waktu, jantina, jumlah, dsb, spt yg berlaku pd bahasa Inggeris (mis try dan tried); 2. (proses) penambahan imbuhan pd kata akar atau dasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fleksi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakan makna "fleksi" dan "infleksi" bidang tabahasa?

Fleksi atau infleksi ialah imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu seperti yang berlaku dalam bahasa Inggeris, book menjadi books dan wait menjadi waited. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 46.

Tatabahasa04.07.2011
Assamualaikum, saya ingin mengemukakan soalan berkaitan kata sisipan, mengapakah kata sisipan ini dikatakan amat terhad dan tidak produktif sifatnya dalam bahasa melayu?Terdapat enam jenis imbuhan yang terdapat dalam bahasa iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan fleksi.Imbuhan yang paling tidak popular penggunaannya ialah sisipan. Walau bagaimanapun, bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan, dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Justeru, walaupun pengimbuhan sisipan tidak lagi popular dan dianggap membeku kerana tidak berkembang, namun kita perlu melakukan kajian terhadap proses ini agar tidak terus diabaikan.Tatabahasa16.07.2018
saya munee baka sedang belajar bahasa melayu di Universiti Fatoni Selatan Thailand ini bertanya dpb Apakah imbuhan awalan....? terima kasihImbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk seperti awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Imbuhan awalan merupakan kata dasar yang ditambah imbuhan di hadapannya. Contoh, ber- dalam perkataan berjalan.Tatabahasa22.09.2016
asalamualaikum... apakah proses pembentukan kata?Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan kata perkataan melibatkan pengimbuhan.  Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk fleksi. Sila rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 45-47 dan 303-319.Tatabahasa28.07.2018

Kembali ke atas