Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[flut] | فلوت

Definisi : sj seruling yg diperbuat drpd logam, kayu, dsb dlm bentuk tiub panjang dan berlubang-lubang di tepinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata flut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
takebuetakebueMuzikTiada

Alat muzik tradisional Jepun yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Flut buluh ini dimainkan dalam muzik rakyat Jepun di pesta rakyat. Alat tiupan ini ditiup secara hori­zontal.

flutflutMuzikTiada

 Alat muzik tradisional dan moden yang diklasifikasikan sebagai aerofon. Flut merupakan alat tiupan yang berbenluk paip. Flut mempunyai badan berbentuk tiub dengan satu lubang tiupan di sisi atau di penghujung tiub dan beberapa lubang jari.

German fluteflut JermanKesenianTiadaFlut yang ditiup di sisi secara melintang. Sinonim dengan istilah transverse flute.
transverse fluteflut lintangKesenianTiadaFlut yang ditiup di sisi secara melintang.
vertical fluteflut tegakKesenianTiadaFlut yang ditiup di pangkal secara menegak.
concert fluteflut konsertKesenianTiadaAlat henti flut untuk organ.
flutistpeniup flutKesenianTiadaPemain yang pakar di dalam meniup flut.
fluteflutGeologiTiadaStruktur enapan primer yang dapat dilihat sebagai kas flut yang terdiri daripada peparit atau lekukan berbentuk ceduk yang tak selajar yang biasanya berukuran 2-10 sm panjang.
flute castkas flutGeologiTiadaSembulan terangkat dan berbentuk bujur atau subkon di permukaan bawah batu lodak atau batu pasir yang terbentuk dari pengisian flut.
sulingsulingMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Suling biasanya diperbuat daripada buluh dan mem­punyai beberapa lubang jari. Alat muzik ini terdapat di seluruh Asia Tenggara dan dimainkan dalam tradisi muzik rakyat. Suling terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis, iaitu (i) flut yang ditiup pada sisi melalui udara daripada mulut. Suling ini dikenali juga sebagai seruling oleh berbagai-bagai kaum di Sarawak. Dalam kalangan suku kaum Jah Hut di Semenanjung Malaysia, suling ini dikenali sebagai siloy dan begut, (ii) flut yang ditiup pada pangkal melalui udara daripada mulut. Dalam kalangan kaum Kadazandusun dari Tambunan, suling ini dikenali sebagai turali. Di Semenanjung Malay­sia kebanyakan alat flut dikenali sebagai suling yang ditiup pada pangkalnya. Suling tersebut merupakan flut jenis wisel atau rekorder, (iii) flut yang ditiup pada pangkalnya melalui udara daripada hidung. Flut hidung ini dikenali sebagai turali di seluruh daerah Dusun di Sabah, sementara dalam kalangan kaum Kadazan di Tambunan, alat muzik ini dikenali sebagai turahi. Kaum Kadazan di Penampang, Sabah pula menama-kan flut hidung sebagai tuahi. Rut hidung iiu" dikenali sebagai selengut atau selingut oleh Orang Ulu di Sarawak, dan pensol oleh suku kaum Temiar di Semenanjung Malaysia. Alat muzik ini menghasilkan melodi sebagai hiburan. Sinonim kesuling, sending. Lihat juga nabat, siloy, begut, selengut, turali.

1234567

Kembali ke atas