Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.rén.sik] | فورينسيک

Definisi : (forénsik) bkn pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (mis, utk menentukan punca sesuatu kematian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata forensik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD PERKATAAN "FORENSIKBerkenaan pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (mis, utk menentukan punca sesuatu kematian). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna17.02.2009
Saya ingin bertanya sekiranya ada terjemahan bagi istilah "first responder" dalam konteks undang-undang forensik/penyiasatan tempat kejadian jenayah? Untuk makluman "first responder" ditakrifkan sebagai "a person (such as a police officer or an EMT) who is among those responsible for going immediately to the scene of an accident or emergency to provide assistance".Belum ada padanan first responder dalam Bahasa Melayu. Responder dalam bahasa Melayu diterjemahkan kepada penggerak balas, namun perkataan ini kurang tepat dalam konteks yang dimaksudkan. Kami mohon maaf kerana belum dapat memberikan jawapan yang tepat, dan setelah perbincangan selesai jawapan akan dimaklumkan terus jawapan berkenaan melalui e-mel puan.Penyemakan dan penterjemahan02.04.2019
Apa terjemahan Haplogroup dalam Bahasa Melayu?Menurut data pangkalan DBP, tiada padanan terjemahan bagi Haplogroup setakat ini, walau bagaimanapun, dicadangkan padanannya ialah Kumpulan Haplo berdasarkan keterangan daripada bidang Sains Forensik seperti yang berikut: 
 
Kawasan di dalam DNA yang mempunyai banyak kelainan antara individu. Dalam DNA mitokondrion, dua kawasan hiperpemboleh ubah, iaitu HVI dan HVII yang terletak di gelung-D menjadi fokus dalam kajian DNA forensik kerana kawasan ini boleh digunakan untuk menentukan kumpulan haplo DNA mitokondrion manusia.
Istilah21.01.2019
pakar bedah mayat dalam bahasa inggeris

Sekiranya diterjemahkan secara literal  "outpsy" (autopsi) Pemeriksaan organ dan tisu mayat untuk menentukan sebab kematian atau keadaan patologi. Manakala pakar bedah dalam bahasa Inggeris ialah "surgeon". Manakala kata Forensic (forensik) pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (misalnya, utk menentukan punca sesuatu kematian). Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03-41497210.

Istilah01.03.2009
Bagaimana menulis rujukan berikut: Alison, L.J., Snook, B. and Stein, K.L., 2001, 'Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forensic Research', Qualitative Research, vol. 1, no. 2, pp.241-54 ke dalam B Malaysia. Terima kasih.

 

Sdr. Liza, 

Dalam Bahasa Melayu, penulisan bibliografi yang saudara berikan itu ialah seperti yang berikut:

Alison, L.J., Snook, B. dan Stein, K.L., 2001. Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forencis Research. Kajian Kualitatif, jil.1, bil. 2, hlm. 241-54.

(Selepas hlm. 241-54, mohon masukkan kajian kualitatif ini dilakukan di mana - masukkan tempatnya, contoh:

hlm. 241-54. Jabatan Kajian Forensik, Universiti Malaya.

 

 

 

Lain-lain12.01.2010

Kembali ke atas