Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.rén.sik] | فورينسيک

Definisi : (forénsik) bkn pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (mis, utk menentukan punca sesuatu kematian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata forensik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
identificationpengecamanSains ForensikTiadaProses mengenal pasti bahan bukti fizikal dengan menggunakan teknologi dan sains forensik. Contohnya, identifikasi DNA forensik melibatkan penggunaan teknologi PCR dan statistik forensik untuk mengenal pasti sumber DNA yang dipertikaikan.
American Academy of Forensic SciencesAkademi Sains Forensik Amerika SyarikatSains ForensikTiadaSebuah badan profesional yang mewakili pelbagai bidang kepakaran sains forensik. Akademi ini bertanggungjawab mempromosikan amalan terbaik sains forensik, pendidikan dan latihan dalam bidang-bidang khusus dan penerbitan Jurnal Sains Forensik yang menjadi rujukan utama ahli forensik, termasuk di Malaysia. Singkatan AAFS.
forensic sciencesains forensikSains ForensikTiadaBidang yang menggunakan sains untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan perundangan. Contohnya, untuk memberikan bukti saintifik bagi kegunaan mahkamah. Sains forensik merangkumi pelbagai subbidang terutamanya kimia, biologi, fizik dan psikologi.
degradationdegradasiSains ForensikTiadaPenguraian DNA yang disebabkan oleh tindakan kimia atau secara fizikal seperti pendedahan kepada cahaya ultraungu, kelembapan haba dan tindakan mikroorganisma. Keadaan ini boleh menjejaskan hasil PCR dan pencirian DNA forensik. Ahli forensik boleh melakukan elektroforesis gel agarosa untuk menilai tahap degradasi DNA dalam sampel forensik terlebih dahulu sebelum melakukan penggandaan. DNA yang baik akan membentuk satu jalur yang kemas dalam gel agarosa, manakala DNA yang telah mengalami degradasi yang ketara akan membentuk satu calitan jalur.
forensic pathologistahli patologi forensikSains ForensikTiadaPakar yang menjalankan autopsi terhadap mangsa pembunuhan atau kematian yang berunsur jenayah. Bahan bukti dan pemerhatian tentang sebab-sebab kematian mangsa akan direkodkan dan dilaporkan bagi membantu penyiasatan forensik dan penerangan di mahkamah.
clinical forensic nursingkejururawatan forensik klinikalSains ForensikTiadaAplikasi amalan kejururawatan klinikal pada mangsa jenayah. Aplikasi ini melibatkan pengenalpastian kecederaan yang tidak dikenali pada mangsa jenayah dan membantu mendapatkan sampel biologi dan bukti-bukti untuk siasatan forensik.
forensic animationanimasi forensikSains ForensikTiadaTeknologi video yang digunakan untuk membina semula kejadian jenayah supaya turutan peristiwa dapat ditayangkan untuk tujuan penerangan di mahkamah.
forensic serologyserologi forensikSains ForensikTiadaBidang yang berkaitan dengan kajian darah dan cecair tubuh untuk mengenal pasti jenis atau sumber sel bagi membantu penyiasatan jenayah.
discrimination powerkuasa pembezaanSains ForensikTiadaKemampuan suatu kaedah pengujian forensik untuk membezakan dua individu yang dipilih secara rawak. Pemprofilan DNA forensik yang melibatkan beberapa lokus (contohnya, 9, 13 atau 15) yang berbeza mempunyai kuasa pembezaan yang sangat tinggi dan dapat membantu menyisih atau mengenal pasti seseorang melalui bahan DNA.
biodegradationbiodegradasiSains ForensikTiadaPenguraian suatu bahan oleh aktiviti mikroorganisma. Dalam bidang forensik, sesuatu sampel biologi seperti darah dan air kencing mudah terjejas akibat biodegradasi dan perlu dipelihara dengan pengawet atau kaedah sejuk beku sebelum dihantar untuk ujian serologi dan DNA forensik.
12345678910...

Kembali ke atas