Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.ma.lis.me] | فورماليسمى

Definisi : kepatuhan (sifat patuh) kpd ketentuan dan peraturan yg ditetapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata formalisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
formalismformalismeKesusasteraanTiadaKajian bentuk teks secara rapi. Kajian ini bertumpu pada aspek struktur seperti meter, rima, teknik penceritaan dan lain-lain. Pemikiran formalisme berkait rapat dengan linguistik kerana cara menganalisis bahan secara saintifik yang diamalkan dalam bidang linguistik diterapkan dalam bidang sastera. Menurut pemikiran formalisme, penulisan sastera menggunakan bahasa dengan cara yang istimewa, iaitu berbeza dengan bahasa harian. Konsep ini dikenali sebagai defamiliarisation atau penganehan. Aliran formalisme bermula di Rusia semasa Revolusi 1917. Ahli pemikir formalisme amat berpengaruh pada dekad dua puluhan di Rusia tetapi gerakan mereka diharamkan Antara tokoh formalisme Rusia yang terpenting ialah Victor Shklovsky, Boris Tomashevsky, dan Boris Eichenbaum. Lihat juga penganehan.
formalismformalismeKesenianSeni BinaPendekatan dalam seni bina yang menekankan bentuk sesuatu bangunan. Arkitek yang menggunakan pendekatan ini sering menghubungkan unsur-unsur visual antara bahagian-bahagian bangunan dengan kerja-kerja reka bentuknya secara keseluruhan. Seni bina formalisme sangat mementingkan penggunaan garis dan bentuk-bentuk geometri. Formalisme pada bangunan moden banyak ditemui pada bangunan Bauhaus dan dalam gaya seni bina antarabangsa.
formalismformalismePendidikanTiadaTiada
formalismformalismePentadbiranTiadaTiada
formalismformalismeSosiologiTiadaTiada
formalismformalismeSains PolitikTiadaTiada
formalismformalismeKesenianTiadaKritikan seni yang lebih tertumpu kepada bentuk zahir daripada hal subjek.
hole formalismformalisme lubangKimiaTiadaKaedah untuk menentukan keadaan konfigurasi elektron dengan menjadikan petala terisi separa dengan n elektron sebagai sama ada n elektron atau N - n positron, dengan N mewakili jumlah muatan petala.
reader response theoryteori respons pembacaKesusasteraanTiadaTeori moden yang memberikan fokus kepada respons pembaca berbanding teks. Tidak seperti teori Formalisme dan Kritikan Baru, teori respons pembaca menolak dakwaan bahawa pembaca memainkan peranan pasif dalam penghayatan karya. Teori respons pembaca diajukan pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Di Amerika, teori ini dikembangkan oleh tokoh seperti Stanley fish dan Harold Bloom. Di Eropah, teori ini dikenali sebagai teori resepsi dan diketengahkan oleh beberapa tokoh seperti Wolfgang Iser, Hans Robert Jauss, Michael Riffaterre, dan David Bleich. Lihat juga komuniti interpretif, ufuk harapan.
estrangementpenganehanKesusasteraanTiadaStrategi penulisan untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Konsep ini dicipta oleh Victor Shklovsky daripada aliran Formalisme Rusia. Dalam eseinya �Art as Technique�, Chklovsky membincangkan bagaimana persepsi seseorang mengenai sesuatu objek atau keadaan menjadi automatik apabila perkara tersebut sudah lazim atau biasa dialami. Oleh itu, objektif sastera mencabar automasi dan kelaziman tersebut dengan mengembalikan sensasi seolah-olah pembaca pertama kali mengalaminya. Contohnya, sajak A. Ghafar Ibrahim berjudul �Tan Sri Bulan�. Beliau menganehkan objek layang-layang dengan menggambarkannya sebagai: Baju nipis dengan garang, menepis-nepis mengerang girang. Layang-layang merupakan suatu objek yang biasa dilihat sehinggakan kewujudannya tidak menghairankan lagi. A. Ghafar Ibrahim menganehkan layang-layang dengan menggambarkannya sebagai sehelai baju, dan beliau seterusnya mempersonifikasikan baju tersebut.
12

Kembali ke atas