Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.ma.li.ti] | فورماليتي

Definisi : tindakan (langkah dsb) yg perlu dipatuhi mengikut peraturan (kelaziman) yg telah ditetapkan: borang permohonan itu hendaklah diserahkan kpd majikan sbg suatu ~ bagi setiap pemohon pekerjaan baru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata formaliti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam 1Malaysia, adakah perkatan 'secara formalitinya' sesuai digunakan dalam ayat berikut: Secara formalitinya, PBS dilaksanakan di peringkat sekolah rendah (Tahun Satu) mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah (Tingkatan Dua) mulai tahun 2012. mohon cadangan ayat yang paling sesuai menggantikan ayat di atas (jika ada) terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan formaliti bermaksud tindakan (langkah dan sebagainya) yang perlu dipatuhi mengikut peraturan (kelaziman) yang telah ditetapkan. Kesesuaian penggunaan perkataan formaliti dalam ayat yang anda kemukakan bergantung pada maksud yang anda ingin sampaikan.Makna30.04.2017

Kembali ke atas