Adakah ayat ini betul tatabahasanya; 1) total formula yang diperkayakan..... 2) Folik asid atau asid folik? | 1) total formula yang diperkayakan..... Bilangan/Jumlah formula yang diperkayakan.. 2) Folik asid atau asid folik? Asid Folik | Tatabahasa | 11.09.2012 |
Please help to check the BM translations as below: 1. High strength formula designed specially for kids. Cadangan terjemahan: Formula yang berkekuatan tinggi khas untuk kanak-kanak. | Cadangan terjemahan: Formula yang diperkayakan khas untuk kanak-kanak. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.08.2018 |
Mengikut formula, tanda sempang (-) perlu diletakkan dalam situasi huruf kecil bertemu dngan huruf besar. Bagaimanakah tulisan yang tepat bagi perkataan ini: ke-Melayuan atau kemelayuan. Ini kerana `M' pada perkataan Melayu itu nama khas. 2. Bagaimana pula dengan awalan `pro' seperti `pro-Amerika' atau `proamerika'? | Salam sejahtera, Tuan, 1. Ejaan yang betul ialah kemelayuan. 2. Pro ialah awalan asing, apabila bertemu dengan kata nama am hendaklah disambungkan dan apabila bertemu dengan kata nama khas perlu dibubuh tanda sempang. Ejaan yang betul ialah "pro-Amerika" Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 20.12.2017 |
Apakah formula penggunaan kata penegas 'kah' dalam kata tanya? Contoh: yang manakah paling tepat, "Berapa orang pesertakah yang akan menyertai ekspedisi ini?" atau "Berapa orangkah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?" Terima kasih. | Untuk makluman, -kah merupakan partikel bukannya kata penegas. Bagi bentuk bahasa tulisan, partikel -kah harus diletakkan pada kata tanya yang dikedepankan. Ayat tanya yang betul dalam soalan anda harus ditulis sebagai " Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?". | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Melalui semakan kami, “formula dietary food” dipadankan dengan “rumusan diet”. Kenapakah perkataan “food” tidak disebut atau dipadankan dengan apa-apa padanan? Sebagai perbandingan istilah “customer formula feed” dalam istilah Veterinar PRPM dipadankan dengan “makanan rumusan pelanggan”. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi "diet": 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu. Berdasarkan istilah bahasa Inggeris, dietary bertindak sebagai kata sifat yang menjadi penerang kepada sesuatu kata seperti dietary food. Walau bagaimanapun, pembentukan dalam bahasa Melayu akan menjadi lewah sekiranya formula dietary food dipadankan dengan "rumusan makanan diet". Padanan yang tepat bagi formula dietary food ialah rumusan diet.
| Lain-lain | 27.07.2021 |
Apakah ada formula untuk menentukan pengunaan antara apitan meN.....kan yang membawa maksud kausatif dengan apitan meN.....kan membawa maksud benafaktif? Misalnya "memberikan" bermaksud kausatif tetapi "membelikan" pula bermaksud benafaktif. Saya sungguh keliru. | Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 197, maksud kausatif atau menyebabkan, contohnya: Ali membesarkan rumahnya (menyebabkan menjadi besar), manakala maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek. Contohnya: Ayah membelikan adik buku (membeli untuk adik/adik mendapat manfaat, dan adik + buku objek dalam ayat tersebut). | Tatabahasa | 29.08.2012 |
Harap encik/puan boleh tolong menterjemahkan bahan iklan tersebut. Terjemahan terkini adalah seperti berikut: Launch Print Ad – BM HEADLINE Siapa sangka Formula One™ boleh membantu anda menikmati lebih penjimatan petrol? Kami menjangka. Kami menciptanya. BODYCOPY Teknologi Formula One™, untuk semua. Petrol ciptaan kami menjadi pemacu Pasukan Formula One™ MERCEDES AMG PETRONAS. Kecekapannya yang unggul membolehkan mereka berlumba dengan pengurangan petrol sebanyak 30%. Kami terapkan teknologi yang sama dalam rumusan baharu Advanced Energy Formula yang membersih, menghasilkan semburan lebih halus dan mengurangkan geseran untuk penjimatan petrol yang unggul. Alami sendiri teknologi paling inovatif di dunia, kini di semua stesen PETRONAS. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 20.05.2014 |
Susu Formula Pelbagai Jenama Dan Murah Kaw2! | Ayat yang sesuai ialah “Pelbagai jenama susu formula pada harga yang rendah!”, bergantung pada kesesuaian makna yang ingin disampaikan dan juga ranah penggunaan. Walau bagaimanapun, sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang bersesuaian. | Tatabahasa | 10.11.2023 |
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translation as below: The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort. BM translation: Rumusan dengan tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda. Terima kasih! | Terjemahan yang sesuai bagi 'The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort' ialah Formula tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda. | Makna | 22.01.2020 |
Saya keliru dengan penggunaan kk transiftif yang bermaksud kausatif iaitu antara meN.... dengan meN...kan. Ada tak cara/formula untuk memastikan penggunaannya. Adakah kk transitif( kata dasar kata kerja) yang menggunakan apitan meN....?manakala kk transitif( kata dasar daripada kata adjektif dan kata nama) mesti menggunakan meN....kan?sila jelaskan. | Formula yang mudah ialah merujuk buku Tatabahasa Dewan. Di bawah tajuk awalan meN- diterangkan golongan kata yang boleh menerima awalan meN- termasuklah kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Lihat juga aspek makna awalan meN- antaranya, bagi makna melakukan perbuatan, menuju sasaran dan berlaku seperti atau menyerupai sesuatu. Aspek makna awalan meN- berbeza dengan apitan men-...-kan. Aspek makna meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud kausatif atau menyebabkan, contohnya: Ali membesarkan rumahnya; dan maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek, contohnya: Ayah membelikan adik buku. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151 dan 191. | Tatabahasa | 07.04.2012 |