formula | formula | Farmasi | Tiada | Penggunaan simbol untuk mewakili entiti kimia. Terdapat beberapa jenis formula seperti formula empirik, formula molekul, formula struktur, dan formula elektron. rumus. |
chemical formula | formula kimia | Kimia | Tiada | Perlambangan utuk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dengan menggunakan simbol. Formula kimia yang viasa digunakan ialah formula empirik, formula molekul, formula struktur dan formula am. |
empirical formula | formula empirik | Kimia | Tiada | Formula paling ringkas yang digunakan untuk menyatakan bilangan relatif atom yang bergabung untuk membentuk satu molekul sebatian dengan menggunakan berat komposisi sebatian tersebut. Formula empirik tidak semestinya menunjukkan bilangan sebenar atom di dalam molekul. Misalnya, formula empirik bagi asetilena dan benzena ialah CH. manakala formula molekul masing-masing ialah C2H2 dan C6H6. |
general formula | formula am | Kimia | Tiada | Formula yang melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dengan menggunakan lambang pemboleh atom. Misalnya, formula am alkana ialah CnH2n+2 dan alkena ialah CnH2n. |
structural formula | formula struktur | Kimia | Tiada | Formula yang menyatakan bilangan sebenar, jenis dan susunan atom di dalam molekul sebatian. Lazimnya, formula struktur memberikan maklumat tentang jenis ikatan yang menhubungkan atom-atom. |
molecular formula | formula molekul | Kimia | Tiada | Formula yang menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat di dalam sesuatu molekul. Misalnya, formula molekul benzena ialah C6H6, dan etanol C2H5OH. |
trapezoid composite integration formula | formula pengamiran paduan trapezoid | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Formula trapezoid yang diperbaik dengan menggunakan konsep pengamiran paduan untuk kejituan yang lebih tinggi daripada formula asal trapezoid dengan menggunakan ungkapan berikut: (rujuk m/s 61) dengan h = jarak di antara titik dasar, n = bilangan titik dasar. |
Euler formula | formula Euler | Fizik | Mekanik | Formula yang menunjukkan beban paksi maksimum yang boleh dibawa oleh suatu turus unggul yang lampai dengan tidak melentur. Beban paksi maksimum ini dipanggil beban genting maksimum dan akan menyebabkan turus tersebut berada dalam keadaan seimbang yang tidak stabil, iaitu apa juga penambahan pada beban atau kemasukan daya sisi yang kecil, akan menyebabkan turus tersebut melentur. Formula Euler adalah: K2EI P = �� L2 (P = beban paksi maksimum, E = modulus kenyal, L = panjang turus tak bersokong, K = pemalar bersandar kepada keadaan-keadaan penyokong di hujung turus, I = momen inersia terkecil). Menurut formula ini, K = I apabila kedua-dua hujung bebas berputar, K = 4 apabila kedua-dua hujung tetap, K = 2 apabila satu hujung tetap dan yang lain bebas berputar, K = � apabila satu hujung tetap dan yang lain bebas bergerak ke sisi. |
formula | formula | Matematik | Tiada | Corak melodi, rentak atau seni kata yang digunakan oleh pemuzik tradisi lisan untuk mengimprovisasikan lagu dan muzik instrumental. Selain wujud sebagai corak melodi, formula juga terdapat dalam teks, cerita dan watak dalam suatu genre tradisi lisan. Contohnya, corak rentak lagu pe-rang dalam wayang kulit merupakan salah satu jenis formula muzik. Pengembaraan Seri Rama untuk mencari Siti Dewi pula merupakan formula cerita yang berlaku dalam pelbagai bentuk cerita ranting. Formula dikenali juga sebagai skema atau skemata. |
general formula | formula am | Kimia | Tiada | Formula yang melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dengan menggunakan lambang pemboleh ubah menggantikan bilangan atom. |