Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.to.ko.pi] | فوتوکوڤي

Definisi : salinan fotografi bahan bertulis, bercetak, atau grafik; memfotokopi menghasilkan fotokopi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.to.ko.pi] | فوتوکوڤي

Definisi : salinan dokumen dll yg dibuat secara gambar foto (dgn menggunakan sj mesin); salinan foto. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fotokopi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon bantuan untuk mendapatkan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan 'photostat'. ayat yang hendak digunakan spt contoh ' borang tersebut boleh dibuat salinan (yg membawa maksud photostat)

Padanan ‘photostat’ dalam bahasa Melayu ialah ‘fotostat’ yang sama maksudnya dengan fotokopi. Ayat Borang tersebut boleh dibuat salinan lebih digalakkan kerana menggunakan kata bahasa Melayu.

Penyemakan dan penterjemahan25.11.2014
Saya teranselit sebuah buku bahasa malaysia kepada bahasa thai,saya ingin membuku dan mengeluarkannya. Apakah yang saya perlu lakukan tentang keizinan hak ciptaan tersebut?

Umumnya pemilik karya hak cipta mempunyai hak eksklusif bagi mengawal pengeluaran semula sesuatu karya dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi, rakaman dan lain-lain) dan bahasa (selain daripada bahasa asal karya tersebut) sekalipun. Mengeluarkan semula sesuatu karya dalam bentuk dan bahasa lain tanpa mendapat keizinan daripada pemegang hak cipta (sama ada penerbit ataupun penulis) dianggap sebagai perlakuan yang melanggar hak cipta. Saudara perlu mendapatkan izin secara bertulis daripada pemegang hak cipta karya berkenaan sebelum boleh menterjemah dan menerbitkan semula karya tersebut dalam bahasa lain.

Lain-lain11.05.2009
Saya ingin menerbitkan buku brbahasa Melayu secara terjemahan daripada bahan bacaan dalam Bahasa Cina atau bahan internet. Misalnya 10 Siri Cerita Rakyat Tiongkok yang tersedia ada dalam pasaran dalam Bahasa Cina yang diterbitkan oleh penerbit tempatan. Saya merujuknya hampir 100% dan membuat sedikit perubahan ayat yang minimum, adakah saya menceroboh hakcipta penerbit asal?Umumnya pemilik karya hak cipta mempunyai hak eksklusif bagi mengawal pengeluaran semula sesuatu karya dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi, rakaman dan lain-lain) dan bahasa (selain daripada bahasa asal karya tersebut) sekalipun. Mengeluarkan semula sesuatu karya dalam bentuk dan bahasa lain tanpa mendapat keizinan daripada pemegang hak cipta (sama ada penerbit ataupun penulis) dianggap sebagai perlakuan yang melanggar hak cipta. Saudara perlu mendapatkan izin secara bertulis daripada pemegang hak cipta karya berkenaan sebelum boleh menterjemah dan menerbitkan semula karya tersebut dalam bahasa lain.Lain-lain22.08.2008

Kembali ke atas