Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.ton] | فوتون

Definisi : (Fiz) seunit kuantum sinaran elektromagnet yg merupakan zarah yg tidak berjisim dan yg tidak bercas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.ton] | فوتون

Definisi : ist zarah yg tidak mempunyai jisim, yg merupakan kuantum cahaya atau sinaran elektromagnet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata foton


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
photon-photon absorptionpenyerapan foton-fotonMatematikTiadaPenyerapan foton sinar gama semasa berlanggar dengan foton gas ambien untuk menghasilkan pasangan elektron-positron.
soft showerhujanan lembutKejuruteraanTiadaHujanan sinar kosmos yang merupakan foton-foton hasil saling tindak elektron bertenaga tinggi dengan bahan yang dilaluinya.
Compton scatteringpenyerakan ComptonKejuruteraanPetroleumSalah satu proses penyerapan sinar gama (foton) yang berkemungkinan terjadi apabila foton melanggar atom seca tak anjal. Akibat daripada perlanggaran itu, sebahagian daripada tenaga foton terserap ke dalam atom manakala satu elektron dibebaskan keluar dari atom berkenaan dan foton yang selebihnya terus merambat dalam arah yang terpesong daripada arah rambatan asalnya. Fenomena yang serupa boleh terjadi semula apabila foton seterusnya melanggar atom dan sebagai akibat secara keseluruhannya, terjadi serakan foton. Penyerakan ini terjadi apabila foton bertenaga dalam lingkungan 2 ke V ke2 MeV.
photonfotonFarmasiTiadaSeunit kuantum sinaran elektromagnet. Tenaga foton merupakan hasil darab pemalar Planck dengan frekuensi sinaran. Foton dipancarkan apabila elektron di dalam atom turun dari aras tenaga tinggi ke aras tenaga rendah.
photonfotonKimiaTiadaSeunit kuantum sinaran elektromagnet. Tenaga foton merupakan hasil darab pemalar Planck, h, dengan frekuensi sinaran, v. Foton dipancarkan apabila elektron di dalam atom turun dari aras tenaga tinggi ke aras tenaga rendah seperti di dalam spektrum pemancaran.
Compton shiftanjak ComptonKejuruteraanTiadaPerbezaan panjang gelombang foton terserak dengan foton tuju dalam kesan Compton.
photon energytenaga fotonKejuruteraanTiadaTenaga yang dibawa oleh satu foton iaitu sebanyak hasil darab pemalar Planck dan frekuensi gelombang foton tersebut.
scintillator photon distributiontaburan foton pengelipKejuruteraanTiadaLengkung yang ditunjukkan oleh bilangan foton optik yang dihasilkan oleh bahan kelipan apabila seluruh foton bertenaga tunggal diserap.
Planck constantpemalar PlanckFizikHabaPemalar h dalam persamaan E = hf, dengan tenaga foton, f frekuensi foton, dan h bernilai 6.6262 x 10-34 Js.
absorption edgepinggir penyerapanFizikAtom dan NuklearKetakselanjaran pada lengkungan pekali pengecilan lawan tenaga foton yang berlaku apabila foton yang melanggar suatu atom membawa tenaga melebihi sedikit tenaga ikatan elektron pada petala tertentu atom tersebut. Penyerapan tenaga yang tinggi akibat pengionan atom berlaku pada paras tenaga ini dan dipamerkan sebagai pertambahan magnitud pekali pengecilan secara tiba-tiba.
12345678910...

Kembali ke atas