Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.to.sin.te.sis] | فوتوسينتسيس

Definisi : (Bio) sintesis sebatian organik drpd karbon dioksida dan air dgn menggunakan tenaga suria yg diserap oleh klorofil; memfotosintesiskan menukarkan karbon dan air menjadi makanan melalui proses fotosintesis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.to.sin.te.sis] | فوتوسينتسيس

Definisi : /fotosintésis/ ist proses membuat makanan oleh tumbuh-tumbuhan dgn adanya cahaya matahari dan klorofil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fotosintesis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. Kemusykilan : Yang manakah betul antara frasa berikut : " Antara yang berikut, manakah pernyataan yang betul tentang maksud fotosintesis?" ATAU " Antara berikut, yang manakah betul tentang maksud fotosintesis?" ATAU " Yang manakah betul antara berikut tentang maksud fotosintesis?" Terima kasih.Frasa yang gramatis ialah "Antara berikut, yang manakah betul tentang maksud fotosintesis?"Tatabahasa11.09.2014
1. Adakah ayat ini betul: Amira meminta Alice menerangkan semula tentang proses fotosintesis. Boleh saya tahu cara yang betul untuk penggunaan ‘tentang’ 2. Apa beza Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu? Terima kasih
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 278), kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana pula, "tentang" mempunyai maksud yang sama dengan "berkenaan atau berkaitan dengan; mengenai". Oleh itu, "tentang" boleh digunakan mengikut kesesuaian sebagaimana penerangan ini.

"Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia", kedua-duanya boleh digunakan. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyatakan "bahasa Melayu" ialah bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, pada 4 Jun 2007 kabinet memutuskan "bahasa Malaysia" turut digunakan selain daripada "bahasa Melayu" untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Makna11.10.2022

Kembali ke atas