Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[frak.si] | فرکسي

Definisi : IB kelompok yg terdiri drpd beberapa wakil rakyat dlm parlimen (biasanya drpd satu parti). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fraksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fractionfraksiHerbaTiadaCampuran komponen yang dipisahkan daripada bahan mentah melalui proses pemfraksian. Fraksi yang terhasil adalah separa tulen. Contohnya pemisahan fraksi larut air daripada bahan mentah akar tongkat ali. Lihat juga pemfraksian.
fractionfraksiHerbaPemiawaianCampuran komponen yang dipisahkan daripada ekstrak mentah melalui proses pemfraksian. Fraksi yang terhasil berbentuk separa tulen. Contohnya, pemisahan fraksi larut air daripada ekstrak mentah akar tongkat ali (Eurycoma longifolia).
extract fractionfraksi ekstrakHerbaPemiawaianPemisahan komponen ekstrak herba mengikut sifat kekutuban dengan menggunakan pelarut organik. Fraksi ekstrak juga boleh dilakukan mengikut saiz molekul sesuatu komponen ekstrak herba.
bioactive fractionfraksi bioaktifHerbaPemiawaianPecahan ekstrak herba yang memberikan kesan biologi terhadap tisu atau organisma hidup. Contohnya, fraksi bioaktif heksana daripada ekstrak metanol lempoyang (Zingiber zerumbet) yang bersifat antiradang.
enriched fractionfraksi diperkayaHerbaPemiawaianPecahan daripada ekstrak herba yang mempunyai kandungan bahan aktif yang lebih tinggi. Contohnya, fraksi etil asetat ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) mengandungi sebatian andrografolida paling tinggi.
herbal extract fractionfraksi ekstrak herbaHerbaPemiawaianCampuran komponen yang dipisahkan daripada ekstrak herba melalui proses pemfraksian. Contohnya, fraksi heksana, kloroform, etil asetat, etanol dan air daripada ekstrak mentah akar tongkat ali (Eurycoma longifolia).
fraction databasepangkalan data fraksiHerbaPemiawaianSistem penyimpanan dan penyusunan data yang berkenaan dengan ekstrak herba daripada proses pemfraksian dan aktiviti biologikal yang dimiliki bagi setiap ekstrak herba tersebut.
isolationpemencilan/pengasinganHerbaPemiawaianProses pemisahan sebatian kimia tertentu daripada campuran sesuatu ekstrak atau fraksi herba. Proses ini boleh dilakukan melalui kaedah kromatografi, seperti kromatografi turus dengan menggunakan pelarut organik atau akueus. Contohnya, pemisahan sebatian piawai eurikomanon daripada ekstrak akueus tongkat ali (Eurycoma longifolia). Sinonim pengasingan.
isolationpemencilanHerbaTiadaProses pengasingan atau pemisahan sebatian kimia daripada campuran dalam suatu ekstrak atau fraksi herba. Proses ini boleh dilakukan secara pengekstrakan cecair-cecair dan kromatografi. Contohnya, pemencilan miristisin daripada biji buah pala.

Kembali ke atas