Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah penerangan di bawah betul? 1. Saya(subjek) tetap bermain(frasa kata kerja) dengan seronoknya(keterangan cara) ATAU Saya(subjek) tetap bermain dengan seronoknya(frasa kata kerja). 2. Kami(subjek) bermandi-manda frasa kata kerja) di laut(keterangan tempat) ATAU Kami(subjek) bermandi-manda di laut(frasa kata kerja).

Penerangan yang berikut merupakan penambahbaikan terhadap penerangan yang diberikan:

       i.       Saya (subjek) tetap bermain (frasa kata kerja) dengan seronoknya (frasa keterangan cara).

      ii.        Kami (subjek) bermandi-manda (kata kerja) di laut (frasa keterangan tempat).

Untuk mendapatkan penerangan dengan lengkap dan jelas berhubung dengan aspek tatabahasa yang berkaitan dengan soalan berkenaan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 57 – 575.

Tatabahasa14.05.2024
Mohon semak penggunaan frasa kata dan susunan ayat ini:_ DILEMA KESELAMATAN MALAYSIA & SINGAPURA BERKAITAN PENAMBAKAN DAN PERTIKAIAN WILAYAHPenggunaan perkataan yang betul ialah "DILEMA KESELAMATAN MALAYSIA DAN SINGAPURA BERKAITAN DENGAN PENAMBAKAN DAN PERTIKAIAN WILAYAH."Lain-lain29.04.2022
Adakah menulis dalam apa-apa dokumen rasmi frasa kata "bertitik tolak daripada itu" termasuk dalam bahasa persuratan dan dibolehkan..Bertitik tolak membawa maksud 1. bermula: persoalan itu harus ~ dgn mengenal pasti punca masa­lahnya; 2. berasal atau berpunca (drpd). Oleh itu, "bertitik tolak daripada itu" tidak salah digunakan dalam dokumen rasmi.Lain-lain10.08.2019
Cikgu, samakah maksud "kata keterangan" dengan "kata adverba"? Jika sama maksud, mengapakah penulis-penulis Tatabahasa Dewan tidak menggunakan istilah "kata keterangan" berbanding dengan "kata adverba"? "Kata keterangan" frasa Melayu, manakala kata "adverba" dalam frasa "kata adverba" pinjaman daripada bahasa Inggeris. Sedangkan kita ada frasa Melayu sendiri, mengapakah Tatabahasa Dewan tidak memakai istilah frasa Melayu itu? Mengapakah mesti memilih frasa "kata adverba" yang merupakan pinjaman daripada bahasa Inggeris?Unsur keterangan tidak sama dengan kata adverba. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi dan unsur ini juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 289 dan 399.Tatabahasa27.02.2015
Bolehkah perkataan "tumbuh-tumbuhan" disingkatkan kepada "tumbuhan". Tajuk "Alam Tumbuhan" adakah frasa kata ini gramatis?Penggunaan yang betul ialah tumbuh-tumbuhan, Alam Tumbuh-tumbuhan.Ejaan05.05.2017
Salam Sejahtera, Boleh saya dapatkan senarai KATA ASAS bahasa Melayu? Terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada frasa kata asas tetapi terdapat frasa kata dasar, kata akar, kata pokok. Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Tatabahasa20.03.2014
Adakah penggunaan frasa kata kerja "meragut pucuk pokok"dalam ayat berikut betul? Kalau tidak, apakah kata kerja yang sesuai digunakan ? Contoh ayat : Zirafah meragut pucuk pokok di savana. Terima kasihMeragut bermaksud memakan rumput hidup dan sebagainya. Perkataan mergaut boleh digunakan dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa17.07.2015
Salam sejahtera. Semasa di sekolah dulu, saya difahamkan bahawa kita seharusnya menggunakan "tidak" untuk menafikan kata/frasa kerja atau kata/frasa adjektif. Tetapi, baru-baru ini, saya terbaca sebuah buku yang mengatakan bahawa sekiranya sesebuah ayat itu mempunyai dua kata/frasa kerja atau dua kata/frasa adjektif yang bertentangan maksudnya, kita seharusnya menggunakan "bukan". Contohnya, "Ali rajin, bukan malas" atau "Dia menyanyi, bukan menari". Adakah ini betul?

Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya, Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 262-263).

Tatabahasa23.03.2017
Salam, soalan berkenaan penggunaan frasa/kata sendi nama untuk ayat ini: "10 years of happy customers", adakah menjadi "10 tahun pelanggan gembira" ? betul atau salah? Bagaimana jika untuk kata nama khas seperti "10 tahun bangunan KLCC" ?Frasa "10 years of happy customers" tidak boleh diterjemahkan secara langsung ke bahasa Melayu, tetapi perlu diketahui makna dan konteks frasa bahasa sumber (bahasa Inggeris) dan bahasa sasaran (bahasa Melayu). Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk frasa "10 years of happy customers" ialah " 10 tahun bersama-sama anda". 

Untuk soalan "Bagaimana jika untuk kata nama khas seperti '10 tahun bangunan KLCC' ?", soalan tersebut kurang jelas dan mohon penjelasan tuan. Sekiranya ingin mengetahui tentang penggunaan frasa yang betul, kami mencadangkan "ulang tahun KLCC ke-10". 
Makna27.09.2023
Salam, bolehkah di antara frasa-frasa dalam ayat diselangi dengan kata seperti kata bantu, kata penguat dan sebagainya? Contoh: 1. Rombongan sekolah akan ke Port Dickson. Frasa nama: Rombongan sekolah Frasa sendi nama: akan ke Port Dickson 2. Rumah itu amat besar. Frasa nama:Rumah itu Frasa adjektif: amat besar Terima kasih.1. Ayat yang gramatis, Rombongan sekolah akan melawat Port Dickson pada minggu hadapan. Kata sendi nama tidak hadir secara berurutan. 
2. Rumah itu amat besar. Ayat ini betul.
Tatabahasa30.04.2014
12345678910...

Kembali ke atas