Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi bekerja bebas. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n also freelancer /wartawan, jurugambar, penulis [as approp]/ + bebas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adv bebas: she worked ~ for a couple of years, dia bekerja bebas buat beberapa tahun; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj bebas: a ~ translator, penterjemah bebas; ~ journalism, kewartawanan bebas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata freelance


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
• New option to customize the extensions for MetaTexis documents and cleaned/final version 1. Saya ingin bantuan untuk perkataan CUSTOMIZE dalam BM 2. Freelance dalam BM Terima kasih daun keladi.Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, "customize" bermaksud membuat mengikut tempahan atau pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk "customized" ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai. Dalam konteks ayat yang diberikan, "customize" mungkin bermaksud "untuk disesuaikan dengan'. "Freelance"bermaksud bekerja bebas. Dalam istilah bidang Komunikasi, padanan bahasa Melayu untuk "freelance" ialah pemberita bebas.Istilah26.09.2013
SALAM BAHAGIA, SAYA PN ARUNA INGIN TAHU SAMADA TERDAPAT SEBARANG PEKERJAAN SECARA FREELANCE DALAM BIDANG PENTERJEMAHAN. SAYA ADALAH SEORANG SURIRUMAH DAN PERNAH BEKERJA SEBAGAI SEORANG PENYUNTING DI BERNAMA SELAMA 5 TAHUN. SAYA AMAT ALU-ALUKAN FEEDBACK TUAN. TERIMA KASIH

Sekiranya sdr. berminat untuk menjadi penterjemah, sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.

Lain-lain27.06.2009
Amin Rouge FRI 09:53 Amin Rouge Amin salam..saya nak tanya, pihak dewan bahasa perlukan pereka grafik untuk membuat layout dan cover buku secara freelance?Waalaikumussalam, Tuan boleh mengemukakan soalan ini kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui e-mel fairuz@dbp.gov.my atau telefon 03-21479341Lain-lain25.11.2016
Salam sejahtera, Adakah "freelancing" boleh diterjemahkan kepada "pekerjaan bebas"? Jika tidak, mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang sesuai. Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud freelance ialah bekerja bebas.Makna08.10.2017
Salam sejahtera, Adakah "freelancers" boleh diterjemahkan kepada "pekerja bebas"? Jika tidak, mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang sesuai. Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud freelance ialah bekerja bebas.Makna08.10.2017
Salam Mohon kerjasama menyalurkan pertanyaan ini kepada Pengarah Bahagian Sastera berkaitan pertanyaan susulan kepada Urus Setia PPSB mengenai bayaran tuntuntan elaun fasilitator PPSB P3 Kem Tegas Mesra Selama Perak. Setelah berjumpa Urus Setia dan Bahagian Kewangan di tingkat 27 Menara DBP pada 22.09.2010 dan pengakuan Ketua Fasilitor menyatakan borang telah dihantar di awal Ramadan iaitu seminggu selepas program diselesaikan oleh kami. Sehubungan dengan masalah yang sering berbangkit maka adalah diharapkan pengurusan DBP menyiasat siapa yang menyebabkan bayaran sering lewat. Harus juga diingatkan ada segolongan fasilitator adalah freelance bukan guru sekolah yang menghargai elaun yang disediakan oleh DBP maka janganlah ada pihak yang tak prihatin. Terima kasih menyediakan ruangan ini untuk kami bersuara secara tertutup dan masih menghormati DBP

Encik Sallehuddin,

Pihak kami telah membuat semakan terhadap maklumat yang diberikan dan kami dapati borang tuntutan fasilitator PPsb Kem Tegas Mesra, Selama baru sahaj diterima pada 29 September. Pihak kami kini sedang memproses borang tuntutan tersebut dan berharap pembayaran dapat dibuat dengan kadar yang segera. Kami juga memohon maaf atas kesulitan ini.

Lain-lain01.10.2010

Kembali ke atas