Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fu.qa.ha]/[fu.qa.ha/] | فقهاء

Definisi : Ar (jamak bagi faqih) orang yg ahli dlm ilmu fiqah: kebanyakan ~ Islam mengatakan bahawa tidak gugur cerai orang yg mabuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fuqaha


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
qardhutangPerniagaan IslamTiadaAkad pemberian atau pembayaran wang atau harta milik pemiutang kepada penghutang mengikut perjanjian. Jumhur fuqaha berpendapat bahawa qard boleh berlaku bagi semua jenis barangan sama ada jenis mithli seperti emas, perak dan makanan atau jenis qimi seperti produk perniagaan dan haiwan. Sinonim qard haqiqi.
bai‘ tasriyyahjual beli tasriahPerniagaan IslamTiadaAkad menjual ternakan yang susunya tidak diperah selama beberapa hari. Sekiranya pembeli mengetahui hal tersebut, maka jumhur fuqaha, kecuali Mazhab Hanafi, memberikan hak khiyar kepada pembeli.
aqd bāṭilakad batalPerniagaan IslamTiadaAkad dalam urus niaga yang kekurangan salah satu rukun atau syaratnya. Contohnya, akad yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang gila. Mengikut jumhur fuqaha selain mazhab Hanafi, jual beli produk najis seperti babi dan arak adalah batil kerana barangan tersebut tidak bernilai menurut syarak.
benefit pawned itembarang gadaian manfaatEkonomiEkonomi IslamManfaat daripada barang yang dijadikan sebagai barang gadaian. Contohnya, penggadai menggadaikan manfaat mendiami rumah sewanya secara percuma untuk tempoh tertentu sebagai cagaran kepada hutangnya. Fuqaha’ menyatakan bahawa gadaian ini tidak sah kerana manfaat tidak boleh diserahkan dan tidak boleh dipegang.
aqd fāsidakad fasidPerniagaan IslamTiadaAkad dalam urus niaga yang diharuskan oleh syarak, tetapi wujud kekeliruan pada rukun dan syaratnya. Contohnya, akad jual beli sebuah daripada deretan rumah atau sebuah daripada himpunan kereta. Mengikut jumhur fuqaha, akad ini dianggap fasid sehingga diperjelaskan maklumat mengenai rumah atau kereta tersebut.
‘aqd ghair sahihakad tak sahPerniagaan IslamTiadaAkad yang tidak sempurna rukun dan syaratnya. Contohnya, akad jual beli barangan yang tidak wujud, barangan bukan milik atau jual beli oleh pihak yang tidak berkelayakan untuk berakad. Mengikut jumhur fuqaha, akad ini terbatal serta fasid.
waqf nazernazir wakafEkonomiEkonomi IslamPihak yang diberi hak untuk menjaga, mengurus dan membangunkan harta wakaf serta mengagihkan manfaat harta tersebut kepada penerima wakaf. Nazir boleh terdiri daripada wakif harta itu sendiri, mauquf ''alaih, pemerintah (hakim) atau pihak lain seperti individu tertentu dan institusi yang ditentukan oleh wakif atau pemerintah. Para fuqaha telah menetapkan bahawa seseorang nazir wakaf mestilah memenuhi syarat tertentu seperti Islam, berakal, baligh, adil dan mampu mengelola. Nazir berhak mendapat upah setimpal dengan tugas yang telah dilakukannya dan menuntut sebarang perbelanjaan pengurusan kecuali sekiranya ingin menjalankan tugas secara sukarela. Sinonim mutawalli.
haqq syuf’ahhak paksaanPerniagaan IslamTiadaKekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu atau entiti terhadap rakan kongsi yang menjual harta tak alih yang dimiliki. Contohnya, A berkongsi dengan B sebidang tanah dan sekiranya B ingin menjual bahagiannya, beliau mesti memberi keutamaan kepada A. Andainya B menjual kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan A sedangkan A berminat untuk membelinya, maka hak syuf’ah menetapkan bahawa pihak ketiga terpaksa menjual semula kepada A. Jumhur fuqaha’ membataskan hak syuf’ah kepada rakan kongsi sahaja, sebaliknya mazhab Hanafi memperluas hak syuf’ah kepada rakan kongsi, jiran dan orang yang mendapatkan kemudahan awam di tempat itu.

Kembali ke atas