Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.be.nor] | ݢابنور

Definisi : 1. gelaran yg tidak digunakan lagi bagi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri (ketua negeri) Pulau Pinang dan Melaka; 2. ketua sesebuah negeri di Amerika Syarikat: ~ California; 3. orang yg dilantik (oleh raja dsb) utk menjadi ketua sesebuah negeri atau wilayah (biasanya tanah jajahan); ~ jeneral ketua pemerintah negeri jajahan (tertentu); 4. Id ketua pemerintah provinsi, penyelia, pengurus, ketua (yayasan, bank, dll); 5. orang yg mengetuai sesebuah organisasi atau institusi: G~ Bank Negara Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.be.nor] | ݢابنور

Definisi : 1 Ketua Negeri Pulau Pinang dan Melaka yg memerintah dgn nasihat Ketua Menteri tiap-tiap negeri (digunakan dr tahun 1957 hingga tahun 1975). 2 orang yg memerintah sesuatu wilayah atau tanah jajahan: ~ Jeneral orang yg menjadi ketua pemerintah sesuatu tanah jajahan. 3 orang yg mengetuai sesuatu perbadanan yg besar dll: ~ Bank Negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gabenor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GABENOR JENERAL UMUM 
NICHOLLS, SIR DOUGLAS

Nicholls, Sir Douglas (1906–1988), Orang Asli

Australia yang pertama dianugerahi gelaran kesateria

dan menjadi gabenor negeri. Dia berkhidmat sebagai

gabenor negeri di Australia Selatan pada tahun 1976

dan tahun 1977. Dia dianugerahi darjah kesateria pada

tahun 1972 sebagai pengiktirafan terhadap

perjuangannya kepada penduduk Orang Asli

Australia . Dia merupakan anggota pengasas

Aborigines’ Advancement League dan menjadi

pengarahnya pada tahun 1969. Douglas Ralph

Nicholls lahir di Cummeragunja di New South Wales.

Pada mulanya, dia lebih dikenali sebagai ahli tinju,

pelumba lari, dan pemain bola sepak. Kemudian, dia

menjadi pastor Churches of Christ Aborigines’

Mission di Fitzroy, Victoria.

UMUM 
ATHLONE, EARL OF

Athlone, Earl of (1874–1957), anggota keluarga

diraja Britain dan seorang pegawai tentera,

berkhidmat sebagai Gabenor Jeneral Kanada dari

tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai seorang

gabenor jeneral, dia menumpukan perhatiannya

untuk mengekalkan peranan Kanada semasa

Perang Dunia II (1939 –1945). Pada tahun 1943 dan

1944, dia menjemput Presiden Franklin D.

Roosevelt dari Amerika Syarikat dan Perdana

Menteri Britain, Winston Churchill untuk

menghadiri dua persidangan masa perang yang

bersejarah di kediamannya di Quebec.

UMUM 
ABERDEEN DAN TEMIAR, MARQUESS OF

Aberdeen dan Temiar, Marquess of (1847–

1934) ialah ahli politik British, yang menjadi Gabenor

Jeneral Kanada dari tahun 1893 hingga 1898. Pada

tahun 1896, dia menjadi teladan kepada bakal

gabenor jeneral kerana enggan meluluskan

pelantikan politik saat-saat terakhir yang diperakukan

oleh Perdana Menteri Sir Charles Tupper yang akan

tamat tempoh perkhidmatannya.

UMUM 
SURAT KEWSURAT KEW, satu dokumen perjanjian yang ditandatangani antara pihak kerajaan Britain dengan kerajaan buangan Belanda di Kew, London.  Pada bulan Januari 1775, Perancis telah menyerang dan menawan negeri Belanda.  Dengan itu Raja Belanda, Raja William V, telah melarikan diri ke England untuk mendapatkan perlindungan.  Di England, dia menubuhkan sebuah kerajaan dalam buangan.  Oleh sebab Belanda adalah sebuah kuasa Eropah yang memiliki banyak tanah jajahan di seberang laut, timbul persoalan siapakah yang harus menguasai milik Belanda tersebut.  Raja Belanda dengan segera mengeluarkan arahan kepada gabenor-gabenor wilayahnya di seberang laut supaya menyerahkan pentadbiran mereka kepada British.  Arahan inilah yang dikenal sebagai Surat Kew (Kew Letters).  Surat Kew menegaskan bahawa semua wilayah jajahan Belanda di seberang laut hendaklah diambil alih oleh British dengan persefahaman bahawa semua ini akan dikembalikan kepada Belanda apabila perang menentang Perancis di Eropah tamat.  Langkah ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan Belanda untuk menghalang peluasan kuasa Perancis ke wilayah-wilayah jajahan Belanda di seberang laut.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
WELD, FREDERICKGabenor Negeri-negeri Selat (1880-1887).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WIZURAINaib raja atau gabenor jeneral yang mentadbir sesebuah wilayah yang ebrada jauh dari pemerintahan pusat bagi sebuah negara penakluk.SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
MINUIT, PETER

Minuit, Peter (1580–1638) ialah gabenor koloni

Belanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kini

sebahagian daripada New York City) daripada

Orang Asli Amerika pada tahun 1626 dengan

barang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, atau

kira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan).

Pembelian ini menyebabkan terdirinya

penempatan di pulau itu secara sah oleh Syarikat

Hindia Barat Belanda. Minuit mendirikan New

Amsterdam, sebuah penempatan di bahagian

bawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikat

tersebut. Walaupun penduduknya dilindungi oleh

air di tiga sisi, tetapi Minuit membina Fort

Amsterdam sebagai perlindungan tambahan

daripada Orang Asli Amerika yang bersikap

bermusuhan. New Amsterdam ialah asas

permulaan New York City.

UMUM 
PHILLIP, ARTHUR

Phillip, Arthur (1738–1814) ialah gabenor

pertama New South Wales, Australia. Dia

menubuhkan petempatan orang Eropah di

Australia . Dia juga terlibat dalam tentera laut,

sehingga mendapat pangkat laksamana.

UMUM 
STUYVESANT, PETER

Stuyvesant, Peter (1610?–1672) ialah Gabenor

Belanda yang terakhir di New Netherland, Amerika

Utara. New Netherland termasuk kawasan di New

York kini dan beberapa negeri yang berdekatan

(lihat New Netherland).

UMUM 
1234567

Kembali ke atas