Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.bu.ngan] | ݢابوڠن

Definisi : 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.bu.ngan] | ݢابوڠن

Definisi : 1 kumpulan sesuatu yg diberkas; ikatan: Penyapu ini kecil benar ~nya. 2 persatuan beberapa kumpulan atau beberapa persatuan lain: ~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung. 3 sesuatu (perkataan dll) yg telah digabungkan. ~ kata kumpulan beberapa kata yg membentuk kata majmuk, simpulan bahasa, rangkai kata, frasa dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gabungan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pattern recognitionpengecaman pola; pengecaman corakKejuruteraanTiada2. Pemeriksaan rakaman-rakaman oleh komputer bagi mencari gabungan-gabungan unsur kod tertentu.
affiliate reservation networkrangkaian tempahan gabungan/jaringan tempahan gabunganPelanconganTiadaSiri tempahan yang digunakan bersama-sama oleh ahli gabungan hotel atau agensi pelancongan.
opposition coalitiongabungan pembangkangSains PolitikPolitik PerbandinganPakatan antara beberapa parti pembangkang yang dibentuk untuk menambah kekuatan bagi menyaingi parti pemerintah. Gabungan seperti ini bersifat kerjasama dan tidak menggugat identiti parti masing-masing. Gabungan ini dibentuk kerana parti pembangkang mempunyai sentimen dan kepentingan yang sepunya. Gabungan ini membolehkan kerusi yang dimiliki oleh pembangkang menjadi lebih besar. Contoh, gabungan pembangkang seperti parti Congress (O), Sosialis dan Jana Sangh yang membentuk gabungan Janata di India pada tahun 1977 dan telah menjatuhkan pemerintahan Congress (I).
combination die assemblyhasil pasang acuan gabungan;pemasangan acuan gabungan (proses)KejuruteraanTiadaTiada
fiber cushionkusyen seratKesenianHiasan DalamanKusyen yang diletakkan pada lapisan bawah karpet yang diasingkan, dan mengandungi bulu binatang, jut, atau gabungan fiber. Gabungan bulu binatang dan jut biasa terdapat di kebanyakan kusyen fiber. Kebanyakan lapisan bawah karpet adalah daripada jenis bergetah yang mempunyai satu atau dua permukaan.
matchingpemadananSosiologiTiada3. Menyambungkan gabungan alat kepada gabungan punca yang sama supaya pindahan kuasa maksimum diperoleh.
mechanism trainrangkaian mekanismeMekanikGunaanKumpulan mekanisme yang digabungkan dalam beberapa gabungan bersiri dan gabungan selari supaya anggota terpacu bagi satu mekanisme menjadi anggota pemacu bagi mekanisme yang lain. Contoh rangkaian mekanisme yang kerap ditemui dalam amalan ialah rangkaian gear. Lihat juga rangkaian gear.
dissonancedisonanMuzikTiada

 Gabungan pic yang menghasilkan kualiti bunyi yang kurang stabil. Contohnya, gabungan pic yang berjeda triton. Disonan biasanya diikuti gabungan pic yang menghasilkan kualiti bu­nyi konsonan dan lebih stabil. Lihat juga konsonan.

coalitioncampuranSains PolitikPolitik PerbandinganGabungan beberapa puak, kelompok, organisasi atau parti yang membentuk satu unit politik bagi menghadapi atau mencapai sesuatu matlamat sepunya seperti membentuk kerajaan, menghalang ancaman musuh atau mengurangkan konflik sesama mereka. Fenomena gabungan biasanya wujud dalam sistem Parlimen moden apabila tidak ada satu parti tunggal yang berjaya mendapat majoriti yang jelas bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Kestabilan gabungan amat bergantung kepada rundingan dan bentuk pengagihan kuasa yang dipersetujui. Gabungan juga wujud dalam konteks hubungan antarabangsa khususnya kuasa-kuasa besar seperti yang pernah berlaku sewaktu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Secara amnya gabungan mempunyai tiga bentuk yang utama iaitu yang bersifat sementara bagi mencapai matlamat segera, yang bersifat jangka masa tertentu dan gabungan yang berbentuk konkrit bagi satu tempoh yang lama. Contohnya, Barisan Nasional merupakan gabungan beberapa parti politik yang membentuk kerajaan Malaysia.
quarfeloidkuarfeloidGeologiTiadaIstilah yang dicipta oleh Johannsen pada 1911 dalam pengelasan batuan igneusnya untuk menunjukkan gabungan mineral kuarza dan gabungan mineral feldspar dan feldspar dan feldspatoid.
12345678910...

Kembali ke atas