Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.daian] | ݢاداين

Definisi : barang yg tergadai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadaian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuous pawn deliveryserahan gadaian berterusanEkonomiEkonomi IslamPemberian barang gadaian secara berterusan bermula daripada masa akad gadaian sehinggalah tamat tempoh gadaian. Barang gadaian tidak boleh diserahkan atau dipulangkan kepada penggadai sama ada sebagai barang pinjaman, barang amanah atau untuk dimanfaatkan. Jika serahan semula dilakukan, bermakna serahan barang gadaian tidak lagi berterusan dan mengakibatkan akad gadaian terbatal.
register of pawned item descriptiondaftar keterangan barang gadaianEkonomiEkonomi IslamDokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang barang gadaian. Maklumat yang tercatat termasuklah tarikh gadaian, jenis barang gadaian, nilai barang gadaian, status milik barang gadaian, tempoh matang, tempoh matang yang baru dan tarikh tebusan. Penyediaan dokumen ini bertujuan untuk memudahkan pegadai membuat semakan tentang barang gadaian dari semasa ke semasa. Amalan ini dilaksanakan oleh pengamal gadaian Islam seperti koperasi, AgroBank dan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT).
pawn control cardkad kawalan gadaianEkonomiEkonomi IslamKad yang disediakan oleh pegadai untuk merekodkan maklumat gadaian yang pernah dilakukan oleh penggadai. Rekod ini mengandungi maklumat peribadi, tarikh gadaian, jenis gadaian, jumlah hutang, tempoh gadaian dan status gadaian. Tujuan maklumat ini adalah untuk mempercepat kelulusan pinjaman dan menentusahkan kepercayaan kredit penggadai.
pawn terminationpenamatan gadaianEkonomiEkonomi IslamPersetujuan untuk menamatkan sesuatu gadaian supaya penggadai dan pegadai bebas dan tidak lagi tertakluk kepada peraturan gadaian. Penamatan akad gadaian boleh berlaku dengan beberapa cara, iaitu selepas pelunasan keseluruhan hutang, pemulangan semula barang gadaian kepada pemiliknya dan berlaku kemusnahan kepada barang gadaian tanpa gantian.
pillars of pawningrukun gadaianEkonomiEkonomi IslamPerkara yang perlu dipenuhi dalam proses melakukan gadaian. Tanpa perkara tersebut, proses gadaian terbatal dari segi syarak. Mengikut jumhur ulama, rukun gadaian ini terdiri daripada orang yang beraqad, barang gadaian, hutang dan sighah gadaian.
pawn benefitmanfaat gadaianEkonomiEkonomi IslamFaedah yang diperoleh daripada barang gadaian. Pada prinsipnya pegadai tidak boleh mengambil sebarang manfaat daripada barang gadaian. Walau bagaimanapun, pegadai dibolehkan mengambil manfaat tersebut untuk menampung kos penjagaan barang gadaian. Contohnya, manfaat menggunakan kenderaan daripada gadaian kenderaan, manfaat susu daripada gadaian binatang, manfaat mendiami rumah daripada gadaian rumah dan manfaat menanam tanaman daripada gadaian tanah.
pawn item ownerpemilik barang gadaianEkonomiEkonomi IslamIndividu yang memiliki barang gadaian. Pemilik barang gadaian mungkin terdiri daripada orang yang berhutang atau orang lain yang mengizinkan barangnya digunakan sebagai cagaran. Pemilik barang gadaian mesti mengemukakan dokumen pemilikannya seperti surat belian barang kepada pegadai. Sekiranya penggadai bukan pemilik barang gadaian, penggadai dikehendaki mengemukakan surat akuan berkanun yang ditandatangani oleh pesuruhjaya sumpah.
guaranteed pawned itembarang gadaian terjaminEkonomiEkonomi IslamBarang yang belum diserahkan kepada pemilik yang dijadikan barang gadaian. Barang gadaian ini terdiri daripada barang yang terjamin, iaitu barang yang akan menjadi milik orang lain setelah diserahkan dan perlu diserahkan (dalam jaminan) kepada pemilik baharu tersebut tetapi masih berada di tangan pemilik asal. Contohnya, mahar yang masih di tangan suami atau wang tebusan khuluk yang masih di tangan isteri. Gadaian barang terjamin adalah harus kerana penggadai walau apa pun keadaan tetap perlu menyerahkan barang tersebut kepada pemilik baru.
pawn assessorpenaksir gadaianEkonomiEkonomi IslamIndividu yang membuat penilaian terhadap barang gadaian, iaitu emas. Penaksir gadaian merupakan individu yang mahir dan berpengetahuan mendalam tentang kualiti barang serta berkeupayaan untuk menentukan harganya. Penaksir biasanya menggunakan kaedah tertentu dalam penaksiran nilai gadaian. Penaksir mungkin pegadai sendiri atau orang yang dilantik oleh pegadai.
additional mark-up of pawn itempenambahan mendatang barang gadaianEkonomiEkonomi IslamPenokokan barang gadaian yang berlaku secara semula jadi terhadap barang gadaian sedia ada. Kesan penokokan ini menyebabkan barang gadaian menjadi lebih banyak dan nilainya lebih kukuh. Contohnya, ibu lembu yang menjadi barang gadaian asal melahirkan anak lembu atau pokok yang dijadikan barang gadaian asal menghasilkan buah. Mengikut jumhur ulama kecuali Imam Syafii, penokokan mendatang ini boleh terus dipegang oleh pegadai seperti barang gadaian yang asal.
12345678910...

Kembali ke atas