Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : ; ~ betina sj tumbuhan (pokok), Aporosa aurea; ~ gajah sj tumbuhan (pokok menumpang), Eria teretifolia; ~ jantan sj tumbuhan, (pokok kecil), ciapet, Xanthophyllum affine; ~ tulang sj tumbuhan (pokok), Randia racemosa; seri ~ bunga yg ada sangkut-pautnya dgn taman asmara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : 1 taring gajah yg berwarna putih kekuning-kuningan: Kerisnya yg berhulukan ~ itu telah dicuri orang. 2 = warna ~ warna putih kekuning-kuningan spt warna taring gajah: Keretanya berwarna ~. menggading 1 menikam dgn gading. 2 menyerupai gading (bkn nyiur yg baru tumbuh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ga.ding] | ݢاديڠ

Definisi : ; gading-gading 1 kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2 bingkai roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gading

Puisi
 

Nyiur gading tinggi mahligai,
     Ketupat jua berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Bermaksud :

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rib (boat)gading-gading (kapal)PerikananTiadaTiada
gadinggadingPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu spesies Hunteria zeylanica daripada famili Apocynaceae. Nama tempatan di Semenanjung termasuk kemuning dan kemuning hutan, tetapi hanya satu spesies yang menghasilkan kayu gading, iaitu Hunteria zeylanica. Gubal kayu dan teras kayu gading sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kehijauan. Teksturnya amat halus dan sekata dengan ira yang simpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 850 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Oleh sebab saiz balaknya kecil, kayu gading hanya digunakan untuk ukiran dan perhiasan kayu, tongkat, dan hulu perkakas.
Keris Ulu GadingKeris Ulu GadingKerisTiadaKeris yang mempunyai hulu daripada gading.
ivory whiteputih gadingKesenianTiadaWarna putih seperti gading.
ivory blackhitam gadingKesenianTiadaWarna hitam seperti gading yang dibakar.
couplegadingMekanikGunaan1. Sistem daya yang terbentuk daripada dua daya tak segaris yang mempunyai magnitud dan arah yang ama tetapi hala yang bertentangan. Gandingan ialah sistem daya yang paling mudah. Sistem daya ini mempunyai beberapa ciri yang istimewa yang menyebabkan sistem ini sering dikaji sebagai kes khas dalam analisis momen. 2. Momen yang dihasilkan oleh sistem daya ganding. Ia merupakan suatu vektor bebas. Vektor ini tidak bersandar pada sebarang pusat momen tetapi pada magnitud daya dan jarak di antaranya semata-mata. gandingan diukur dalam unit newton-meter, N.m.
ivory bonegading)PerubatanTiadaTiada
tusktaring; gadingVeterinarTiadaTiada
tusktaring; gadingPerubatanTiadaTiada
ivory pointtitik gadingGeografiTiadaPenunjuk kecil yang mengunjur ke bawah daripada bahagian atas sistern barometer Fortin.
123

Kembali ke atas